Asal-usul
internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta
untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat
supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika
Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui
talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir
tahun 1969.
Dalam
15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang
tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian
telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan
universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan
pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency)
adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut
menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan
pelbagai jenis komputer.
Menjelang
tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik
pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer
di University of California di Los Angeles (UCLA), University of
California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University
of Utah di Salt Lake City.
Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.
Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.
Pada tahun 80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan secara komersial. Kita boleh mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa inilah istilah "internet" mula digunakan.
Pada
masa itu juga, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan.
Sehingga 1990, internet lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan
saintifik. Apabila penggunaan internet oleh komuniti saintifik semakin
berleluasa, orang awam juga mula menyedari potensi internet sebagai
sejenis medium komunikasi, hiburan dan pendidikan sedunia. Walaupun
dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan, kini terbuktilah
internet mempunyai banyak kegunaan lain.
Jika
dilihat dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet.
Tetapi kini terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi
42 negara seluruh dunia. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta
pengguna internet di seluruh pelusok dunia.
Di
Malaysia internet dilancarkan pada tahun 1987 apabila Institut
Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia
atau RangKom. Kemudian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom
dilancarkan pada tahun 1990.
SEJARAH RINGKAS INTERNET DI MALAYSIA
Pada
tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan
sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan
merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang
dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan
RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai
keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja
memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga
mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan
teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan
dengannya.
Berdasarkan
kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya
dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian
komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara
praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah
diserapkan ke dalam projek JARING.
MIMOS
yang dikenalikan oleh 5 pakar komputer iaitu Dr Mohd Azzman UM, Dr
Awang Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM),
Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING
sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam.
JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan
akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan
terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan
komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet
antarabangsa.
Talian
litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah
beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian
X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya
bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994,
keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali
ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Keupayaan JARING ini
memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan
pertambahan dalam bilangan keahlian.
Pada
bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan
Internet boleh diakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh
negara. Nod JARING pada masa tersebut ditempatkan di 16 buah bandar
utama di Malaysia, iaitu di Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi,
Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar,
Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, dan Kuala
Lumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai JARING/Internet
dengan panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh
dimanfaatkan oleh pengguna dari
Singapura, Brunei, dan Thailand.
Singapura, Brunei, dan Thailand.
Dari
segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 27 organisasi
dan jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200
pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992.
Keahlian JARING dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan
organisasi. Orang perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses
Internet melalui talian dail sahaja, sementara organisasi boleh
mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di
sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254
syarikat.
Dalam
tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung
pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran
trafik. Tumpuan utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING
melalui tambahan nod, talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan
beberapa talian suwa serta bilangan talian dail.
Dalam
tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan
Johor Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps.
Sehingga akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian
dail telah disediakan. Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun
1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.
Tahun
1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet
antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar
2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1)
sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang
semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan
keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui
Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek
Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana
tulang belakang.
Untuk
membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan
Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal
Perkhidmatan Akses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang
ramai mendapat khidmat sokongan bagi mengakses Internet.
Seterusnya,
pada tanggal 7 November 1996 JARING telah menandatangani perjanjian
persefahaman dengan Asia Internet Holding (AIH) dari Jepun bagi
mempertingkatkan perkhidmatan Internet untuk pengguna tempatan dan Asia
Pasifik. Rangkaian yang dinamakan JARING-A-Bone ini memudahkan pengguna
Internet menghubungi halaman web di rantau Asia. Hubungan tersebut
menyediakan akses lebih cepat dan secara terus bagi pengguna kepada
negara-negara Asia yang dihubungkan dengan A-Bone. Pada bulan Mei 1997,
JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi
lebih 150 negara.
Pada
11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian
antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama
seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil
sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 97. Selanjutnya
pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian JARING meningkat melebihi 100,000
orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.
Bagi
menampung pengguna yang semakin meningkat dan semakin memerlukan
perkhidmatan terbaik, maka pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad
telah memulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Penyedia Perkhidmatan
Internet (ISP) kedua Malaysia setelah mendapat lesen daripada pihak
kerajaan.
Penggunaan
Internet dijangka akan terus berkembang dengan cepatnya sebagai media
komunikasi multimedia utama dunia yang akan membawa kita semua ke alaf
ke 21. Kita amat bertuah kerana telah dapat mengenalpasti potensi
Internet lebih 10 tahun dahulu berbanding dengan negara lain di rantau
ini.
Apa itu JARING?
JARING adalah rangkaian komputer yang telah dibangunkan oleh MIMOS Berhad, Malaysia yang menghubungkan kepada rangkaian yang lain di serata dunia melalui talian sewaan disambungkan ke Amerika Syarikat/Kanada, Jepun dan Singapura. Kesemua rangkaian ini membentuk rangkaian komunikasi data yang besar dikenali sebagai "internet".
JARING adalah rangkaian komputer yang telah dibangunkan oleh MIMOS Berhad, Malaysia yang menghubungkan kepada rangkaian yang lain di serata dunia melalui talian sewaan disambungkan ke Amerika Syarikat/Kanada, Jepun dan Singapura. Kesemua rangkaian ini membentuk rangkaian komunikasi data yang besar dikenali sebagai "internet".
Objektif
1. Untuk menubuhkan rangkaian komunikasi data bersepadu.
2. Bagi meningkatkan aktiviti R&D.
3. Mempelajari dan menguji penggunaan teknologi komunikasi data dan kesan kepada aktiviti sosio-ekonomi.
1. Untuk menubuhkan rangkaian komunikasi data bersepadu.
2. Bagi meningkatkan aktiviti R&D.
3. Mempelajari dan menguji penggunaan teknologi komunikasi data dan kesan kepada aktiviti sosio-ekonomi.
Kenyataan projek
1. Menghubungkan internet secara global.
2. Pada kos yang termampu dan berpatutan.
3. Merangkumi rangkaian antarabangsa.
4. Tujuan menukar maklumat dan perkembangan lain.
5. Pembelajaran secara kreatif dan inovatif, penyelidikan dan aktiviti perniagaan.
6. Mempelopori dan membentuk masyarakat yang berinformasi.
1. Menghubungkan internet secara global.
2. Pada kos yang termampu dan berpatutan.
3. Merangkumi rangkaian antarabangsa.
4. Tujuan menukar maklumat dan perkembangan lain.
5. Pembelajaran secara kreatif dan inovatif, penyelidikan dan aktiviti perniagaan.
6. Mempelopori dan membentuk masyarakat yang berinformasi.
Topologi (nod JARING)
Nod pensuisan JARING telah ditempatkan dikebanyakan bandar besar di Malaysia - Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Seremban, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu.
Di dalam kawasan Lembah Klang, nod-nod ditempatkan di Damansara, Brickfields, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang dan Bangi.
Nod pensuisan JARING telah ditempatkan dikebanyakan bandar besar di Malaysia - Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Seremban, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu.
Di dalam kawasan Lembah Klang, nod-nod ditempatkan di Damansara, Brickfields, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang dan Bangi.
PEMBANGUNAN JARING
Dengan
meningkatnya minat dan publisiti tentang Internet di Malaysia sejak
kebelakangan ini, Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) ingin
mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat tentang arah-tuju
pembangunan perkhidmatan Internet.
Pada
hari ini, Kerajaan Malaysia melalui MIMOS adalah satu-satunya pembekal
perkhidmatan penuh Internet di Malaysia - meliputi capaian dalam dan
luar negeri dan kemudahan perkhidmatan nilai-tambah untuk pengguna
komersial dan bukan-komersial. JARING ialah nama rangkaian Internet di
Malaysia. Pengguna boleh mencapai JARING/Internet melalui talian dail,
talian litar suwa sama ada jenis analog atau digital dan juga capaian
melalui ISDN. JARING akan terus menggunakan teknologi terbaik untuk
faedah pengguna Internet di Malaysia.
Kerajaan
akan terus meningkatkan kawasan liputan perkhidmatan JARING di seluruh
negara untuk menentukan kesamaan capaian dengan kos yang termampu untuk
penduduk di dalam dan luar bandar. Rangkaian ini akan disepadukan
sepenuhnya dengan pembangunan Bandaraya Bistari Putrajaya dan
"Multimedia Supercorridor".
Keupayaan
talian tulang belakang JARING akan juga diperkembangkan untuk menyokong
aplikasi baru. Litar yang sedia ada sepanjang hampir 5,000 km dengan
kelajuan 64, 128, 256, 512, 768 atau 1,536 kbps (bergantung kepada
kawasan liputan) akan dipertingkatkan sehingga beberapa megabit sesaat
(mbps) mengikut keperluan. Beberapa litar mungkin berkelajuan melebihi
100 mbps. Rangkaian tulang-belakang berkelajuan tinggi diperlukan untuk
menyokong aplikasi multimedia untu transaksi komersial, pendidikan jarak
jauh, perkhidmatan kesihatan dan pentadbiran kerajaan.
Dengan wujudnya aplikasi terbaru ini nanti, rangkaian kita akan menjadi setaraf, kalau tidak lebih baik, berbanding dengan rangkaian yang serupa di negara yang lebih maju.
JARING
adalah satu-satunya rangkaian Internet di Malaysia yang mempunyai
`gateway' antarabangsa untuk sambungan kepada rangkaian yang serupa di
negara lain di seluruh dunia. Sambungan sekarang ialah melalui Amerika
Syarikat menggunakan talian gentian optik berkelajuan tinggi. Satu
talian baru yang berasingan sedang dirancangkan untuk memperkukuhkan
sambungan peringkat antarabangsa.
DARI KILOBIT KE TERABIT
Jika
kita imbas kembali bagaimana teknologi Internet dimulakan di Malaysia,
maka kita akan mendapati bahawa teknologi Internet ini mulai dicuba pada
tahun 1983/84. Pada masa itu hanya terdapat sebuah komputer mini
sahaja, dengan lebar jalur (bandwidth) 0 bit. Pada tahun 1987, Rangkaian
Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa
telah ditubuhkan. Kelajuan pemindahan data ialah 1.2 hingga 9.6 kbps.
Walaupun demikian, natijah terpenting ialah asas jaringan Internet mula
bertapak di Malaysia.
Talian
litar suwa antarabangsa berkelajuan 64 kbps ke Amerika Syarikat telah
beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian ini mengambil masa dua tahun
sebelum menjadi sesak dengan jumlah pengguna yang semakin bertambah.
Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps
yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64
kbps. Peningkatan keupayaan ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Keupayaan JARING ini
memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan
pertambahan dalam bilangan keahlian. Ia cuma bertahan selama setahun
sahaja apabila lebar jalur tersebut turut penuh.
Tahun
1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet
antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar
2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1)
sebelumnya. Kehadiran E1 di samping T1 berupaya menampung penggunaan
yang semakin bertambah. Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan
pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps ke Amerika Syarikat
yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun).
Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di
Asia, INET97.
Tahun Bandwidth
1987 1.2 – 9.6 kbps
14 NOV 1992 64 kbps
29 NOV 1994 1.5 Mbps
1995 1.536 Mbps
1995 2.048 Mbps
1997 34 Mbps
11 JUN 1997 45 Mbps
OGOS 1999 60 Mbps
Jika dibuat perbandingan terhadap teknologi lebar jalur yang semakin berkembang, maka kita akan dapati teknologi ini semakin meningkatkan kadar pemindahan data. Sekarang ini, pengguna rumah menyambungkan Internet melalui komputer peribadi (PC) dan talian telefon. Ini juga bermakna kebanyakan sambungan Internet di rumah adalah perlahan. Bagi menggambarkan kepentingan kelajuan, boleh dirujuk kepada masa yang diambil bagi menerima video 3.5 minit dengan menggunakan modem berkelajuan 28.8 kbps (ribu bit sesaat). Ia memakan masa selama 46 minit. Modem ini banyak digunakan oleh pengguna di rumah dan ia sangat perlahan bagi membawa kandungan multimedia.
1987 1.2 – 9.6 kbps
14 NOV 1992 64 kbps
29 NOV 1994 1.5 Mbps
1995 1.536 Mbps
1995 2.048 Mbps
1997 34 Mbps
11 JUN 1997 45 Mbps
OGOS 1999 60 Mbps
Jika dibuat perbandingan terhadap teknologi lebar jalur yang semakin berkembang, maka kita akan dapati teknologi ini semakin meningkatkan kadar pemindahan data. Sekarang ini, pengguna rumah menyambungkan Internet melalui komputer peribadi (PC) dan talian telefon. Ini juga bermakna kebanyakan sambungan Internet di rumah adalah perlahan. Bagi menggambarkan kepentingan kelajuan, boleh dirujuk kepada masa yang diambil bagi menerima video 3.5 minit dengan menggunakan modem berkelajuan 28.8 kbps (ribu bit sesaat). Ia memakan masa selama 46 minit. Modem ini banyak digunakan oleh pengguna di rumah dan ia sangat perlahan bagi membawa kandungan multimedia.
Masa yang diambil bagi menerima klip video 3.5 minit dengan menggunakan teknologi berlainan
Jenis lebar jalur Masa pindahan
Modem 28.8 kbps 46 minit
ISDN 128 kbps 10 minit
Modem kabel 4 Mbps 20 saat
ADSL 8 Mbps 10 saat
Modem kabel 10 Mbps 8 saat
Jenis lebar jalur Masa pindahan
Modem 28.8 kbps 46 minit
ISDN 128 kbps 10 minit
Modem kabel 4 Mbps 20 saat
ADSL 8 Mbps 10 saat
Modem kabel 10 Mbps 8 saat
Syarikat-syarikat
telefon, satelit, penyedia perkhidmatan kabel, dan lain-lain sedang
berusaha menghasilkan sambungan Internet yang lebih pantas. Teknologi
lebar jalur terbaharu terus diperkenalkan, seperti ADSL (Asynchronous
Digital Subscriber Line) yang membolehkan talian telefon tembaga
menghantar data pada kelajuan 8 juta bit sesaat (Mbps). Pada kelajuan
ini, pengguna dapat menerima video 3.5 minit dalam masa 10 saat.
Peningkatan
bilangan pengguna Internet di seluruh dunia akan mengakibatkan lebar
jalur yang sedia ada penuh dan tidak mampu menampung jumlah yang semakin
bertambah. Dalam masa yang sama bilangan komputer dan peranti lain juga
turut bertambah memenuhi Internet. Lebar jalur T1 dan E1 yang banyak
pun tidak boleh memenuhi semua penggunaan Internet.
Dalam
menangani perihal ini, wujud satu program yang dinamakan Internet
generasi mendatang atau Next Generation Internet (NGI). Antara matlamat
NGI ialah menyediakan penalaan (routing) dan pensuisan terabit, jaringan
yang boleh mentadbir diri sendiri, dan testbed berkelajuan tinggi.
Projek yang dimulakan di Amerika Syarikat ini menggabungkan ARPANET,
CSNET, NSFNET, NASA dan pelbagai badan lagi.
Dari
segi aktiviti pembangunan dan penyelidikan, projek ini bermatlamatkan
untuk menghasilkan Internet II. Ia akan melibatkan pembinaan jaringan
penyelidikan dan enterprise terkini untuk aktiviti penyelidikan dan
aplikasi multimedia sepenuhnya. Aplikasi teknologi rangkaian dan
protokol baru akan diperkenalkan dalam menghasilkan Internet II.
Oleh
itu, satu revolusi bagi menampung keperluan lebar jalur Internet II
telah dikenal pasti. Inilah revolusi yang dinamakan OC-12 dengan
kapasiti kelajuan 622 megabit sesaat dan OC-192 dalam kapasiti kelajuan
10 gigabit sesaat. Melalui penggunaan sistem WDM (wavelength division
multiplexing), sebanyak 16 OC-192 aliran bit akan diletakkan dalam
setiap gentian optik. Ia akan menghasilkan kelajuan sebanyak 160 gigabit
sesaat. Dengan bilangan saluran atau konduit yang sedia ada di
tempat-tempat tertentu, muatan sebanyak 30 terabit dapat dihasilkan.
Melalui
modem kabel selaju 10 Mbps, kita dapat mengambil video 3.5 minit hanya
dalam masa 8 saat, bayangkan berapa banyak klip video dan kandungan
multimedia dapat dipindahkan dengan kelajuan 30 terabit sesaat! Pihak
yang membangunkan WDM juga turut bekerjasama dengan pihak Cisco,
Juniper, Avivi dan syarikat router lain bagi menghasilkan router
terabit.
No comments:
Post a Comment