Konsep yang kumpulan kami pilih adalah konsep berkaitan dengan maklumat ataupun pengetahuan mengenai perkembangan teknologi maklumat pada hari ini. Melalui perkongsian ini, kami akan memaparkan tentang permulaan teknologi maklumat yang ada sehinggalah teknologi pada zaman era globalisasi kini.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah sangat penting untuk
semua khususnya terhadap pendidikan dan sistem pembelajaran untuk
meningkatkan tahap penggunaan bahan-bahan pengatahuan di kalangan
pelajar.
Terdapat beberapa implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada
negara-negara membangun. Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi
Maklumat dan Komunikasi yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat
di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita,aktiviti
kebudayaan,pengatahuan saintifik dan mempelajari cara interaktif untuk
berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan.Dengan adanya
perkongsian maklumat, pengguna dapat membuat keputusan sendiri dalam
perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang ditawarkan.
Kedua, pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju
dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan komputer di
sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakan ke atas
pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Peningkatan
perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih
menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi.Peningkatan dalam
pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelajar bagi
memudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya
mempelajari melalui on-line.
Antara kelebihan ICT ialah membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dan
infromasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang
menghubungkan kepada sistem meklumat global dan infromasi sejagat.
Seterusnya mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru, peningkatan
pasaran bagi perkhidmatan pendidikan untuk individu dan institut dalam
negara sedang menbangun, tidak terhad untuk mendapatkan maklumat dan
memanafaatkan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
menghasilkan maklumat yang banyak untuk kemahiran belajar, perkembangan
dalam pembelajaran, dan keutamaan pelajaran.
No comments:
Post a Comment