Dalam
era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat,
Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara
meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar
di dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer
lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan
tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka.
Intemetjuga menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini
mendatangkan pelbagai implikasi.
Masyarakat
berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan
“katak di bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya
perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam
semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita
ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu
masyarakat yang berilmu.
Internet
banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan
perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan
daripadanya. Misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat
setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara
terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga
dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan
serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan
antarabangsa dapat berkembang pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran
asing, Baham mahupun perniagaan, dapat menghubungi pihak sasarannya.
E-mel
pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah
mendekatkan hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi
digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat
pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan
maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata
sahaja asalkan dapat sambungan Internet. Perhubungan antara manusia
telah dipermudah dan dipercepat lagi .
Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.
Internet
bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga
dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak
bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi,
propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar
bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran
bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan
kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah
dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku.
Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya
sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
Internet
juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam
komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah
syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod
sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan
mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut.
Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu.
Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel
sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang
menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka
mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran
penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang
menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada
banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal
ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan
Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak
perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa.
Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang
perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa
mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata
hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan
hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya,
akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia.
Ledakan
teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa.
Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka
baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau
menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika
mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak
diracuni unsur negatif melalui Internet.
No comments:
Post a Comment