Kebaikan dan keburukan ICT
Perkembangan ICT telah memberi kemudahan kepada manusia pada masa kini. Namun, perkembangan itu telah membawa impak kepada para penggunanya. Antara impak tersebut termasuk impak secara positif dan negatif.
Antara kebaikannya adalah seperti dapat memberi kemudahan kepada penggunanya contohnya seperti perkembangan pesat teknologi komputer telah memudahkan para pekerja dan para pelajar untuk membuat tugasan. Teknologi komputer yang dilihat pada hari ini semakin berkembang berbanding pada masa dahulu. Kini kepelbagaian reka bentuk teknologi komputer telah dipasarkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah.
Selain itu, perkembangan teknologi sejajar dengan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini sehingga menuntut penyebaran ilmu itu diaplikasikan dalam dunia ICT. Untuk tujuan itu, pengamal ICT yang berkebolehan dan pakar dalam bidang ini telah mereka bentuk satu perisian yang dapat mengumpul ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama dengan pengguna yang lain melalui penggunaan internet seperti Google, Mozila, Bing dan lain-lain rangkaian internet. Internet telah memudahkan para pelajar dan penuntut ilmu untuk membuat rujukan dalam membuat tugasan dan ingin berkongsi maklumat secara bersama. Istilah ini dikenali sebagai dunia dihujung jari.
Manakala impak negatif perkembangan ICT adalah seperti jenayah ICT semakin berleluasa yang sukar untuk dibendung. Contoh kepada perkara ini adalah seperti penaburan fitnah secara bebas antara pengguna ICT yang dapat dilihat dalam laman sosial seperti Facebook. Perkara ini semakin berleluasa berlaku dan ini melibatkan terutamanya usia-usia remaja yang semakin mahir dan mendalami penggunaan ICT ini.
Jenayah ICT ini juga adalah seperti kelakuan yang bertujuan menipu para pengguna. Hal ini dapt dilihat pada masa kini terutamanya apabila cuba melanggan sesuatu produk.
Seterusnya adalah berlaku keruntuhan akhlak para remaja dan perkara ini juga turut melibatkan usia kanak-kanak yang terpengaruh secara dengan perkembangan ICT ini. Hal ini kerana, pada masa kini pemikiran mereka yang diusia remaja dan kanak-kanak semakin diluar jangkaan. Banyak berlaku kes-kes seperti pembuangan bayi akibat remaja yang terdedah dengan cerita-cerita video yang berunsurkan seks. Keadaan seperti ini akan meruntuhkan akhlak para remaja dan kanak-kanak jika seringkali menyalahgunakan ICT dalam kehidupan seharian.
Secara kesimpulannya, perkembangan ICT dapat memberi kemudahan kepada kehidupan manusia secara langsung dan ini memberi kelebihan kepada manusia untuk menjalani kehidupan sehari-hari. Walaupun begitu, penggunaan ICT dalam kehidupan sehari-hari seharusnya digunakan secara beretika dan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan penyalahgunaan daripada pengguna.
No comments:
Post a Comment