Friday, 18 January 2013

Muhammad Sahirin bin Hamzah BA11110252

Kebaikan dan keburukan ICT

Perkembangan ICT telah memberi kemudahan kepada manusia pada masa kini. Namun, perkembangan itu telah membawa impak kepada para penggunanya. Antara impak tersebut termasuk impak secara positif dan negatif.
Antara kebaikannya adalah seperti dapat memberi kemudahan kepada penggunanya contohnya seperti perkembangan pesat teknologi komputer telah memudahkan para pekerja dan para pelajar untuk membuat tugasan. Teknologi komputer yang dilihat pada hari ini semakin berkembang berbanding pada masa dahulu. Kini kepelbagaian reka bentuk teknologi komputer telah dipasarkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah.
Selain itu, perkembangan teknologi sejajar  dengan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini sehingga menuntut penyebaran ilmu itu diaplikasikan dalam dunia ICT. Untuk tujuan itu, pengamal ICT yang berkebolehan dan pakar dalam bidang ini telah mereka bentuk satu perisian yang dapat mengumpul ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi bersama dengan pengguna yang lain melalui penggunaan internet seperti Google, Mozila, Bing dan lain-lain rangkaian internet. Internet telah memudahkan para pelajar dan penuntut ilmu untuk membuat rujukan dalam membuat tugasan dan ingin berkongsi maklumat secara bersama. Istilah ini dikenali sebagai dunia dihujung jari.
Manakala impak negatif perkembangan ICT adalah seperti jenayah ICT semakin berleluasa yang sukar untuk dibendung. Contoh kepada perkara ini adalah seperti penaburan fitnah secara bebas antara pengguna ICT yang dapat dilihat dalam laman sosial seperti Facebook. Perkara ini semakin berleluasa berlaku dan ini melibatkan terutamanya usia-usia remaja yang semakin mahir dan mendalami penggunaan ICT ini.
Jenayah ICT ini juga adalah seperti kelakuan yang bertujuan menipu para pengguna. Hal ini dapt dilihat pada masa kini terutamanya apabila cuba melanggan sesuatu produk.
Seterusnya adalah berlaku keruntuhan akhlak para remaja dan perkara ini juga turut melibatkan usia kanak-kanak yang terpengaruh secara dengan perkembangan ICT ini. Hal ini kerana, pada masa kini pemikiran mereka yang diusia remaja dan kanak-kanak semakin diluar jangkaan. Banyak berlaku kes-kes seperti pembuangan bayi akibat remaja yang terdedah dengan cerita-cerita video yang berunsurkan seks. Keadaan seperti ini akan meruntuhkan akhlak para remaja dan kanak-kanak jika seringkali menyalahgunakan ICT dalam kehidupan seharian.
Secara kesimpulannya, perkembangan ICT dapat memberi kemudahan kepada kehidupan manusia secara langsung dan ini memberi kelebihan kepada manusia untuk menjalani kehidupan sehari-hari. Walaupun begitu, penggunaan ICT dalam kehidupan sehari-hari seharusnya digunakan secara beretika dan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan penyalahgunaan daripada pengguna.

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&ved=0CDgQFjAB&url=http%3A%2F%2Fwww.bhu.ac.in%2FComputerScience%2Fvivek%2Fos%2F1f-Moumina.pdf&ei=GY_5UNTLDszHrQf-gYGwCg&usg=AFQjCNEblZBZ3lmK2gt7PN7QouqzrK7iIg&sig2=7MkFic5FytN8L3jEyj9ZiA&bvm=bv.41248874,d.bmk

Muhammad Sahirin bin Hamzah BA11110252
Link di atas adalah link berkenaan dengan sejarah sistem pengoperasian/operasi(operating system).
http://www.gcflearnfree.org/digitallifestyle

Muhammad Sahirin bin Hamzah BA11110252
Gaya Hidup Digital

Gaya hidup digital merupakan gambaran terhadap kehidupan yang moden yang pesat dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam hal ini, kepesatan perkembangan teknologi maklumat ini telah menyebabkan keselesaan hidup para penggunanya seperti memudahkan perhubungan dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan Blog sebagai medium untuk interaksi antara satu sama lain yang dapat dilakukan walaupun dalam jarak atau lokasi yang berlainan. Disamping itu, manusia juga turut menikmati kemudahan dalam menyebarkan maklumat seperti penggunaan internet telah menyebabkan pelbagai maklumat mudah untuk didapati contohnya dalam penggunaan enjin carian.

Thursday, 17 January 2013

GROUP MEMBERS

AZLINAWATI ZAKARIA
INTAN SUZANA NOH
MOHD AFIQ
MUHAMAD SAHIRIN HAMZAH
NOR SUHAILA ABDULLAH
NUR FARISAH
NUR HASMIERA HASSAN
NURULHIDAYAH ISMAIL
YATI OSMAN

Tuesday, 15 January 2013

SEJARAH INTERNET DI MALAYSIA

Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung  menerusi talian telefon, gentian  optik, teknologi tanpa wayar seperti 3G,WIMAX,EDGE dan WIFI.
Asal-usul internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969.
Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.
Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City.

Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.

Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.

Pada tahun 80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan secara komersial. Kita boleh mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa inilah istilah "internet" mula digunakan.
Pada masa itu juga, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan. Sehingga 1990, internet lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan saintifik. Apabila penggunaan internet oleh komuniti saintifik semakin berleluasa, orang awam juga mula menyedari potensi internet sebagai sejenis medium komunikasi, hiburan dan pendidikan sedunia. Walaupun dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan, kini terbuktilah internet mempunyai banyak kegunaan lain.
Jika dilihat dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet. Tetapi kini terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi 42 negara seluruh dunia. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta pengguna internet di seluruh pelusok dunia.
Di Malaysia internet dilancarkan pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau RangKom. Kemudian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990.
SEJARAH RINGKAS INTERNET DI MALAYSIA
Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.
Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING.
MIMOS yang dikenalikan oleh 5  pakar komputer iaitu Dr  Mohd Azzman UM, Dr Awang Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM),  Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.
Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.
Pada bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan Internet boleh diakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh negara. Nod JARING pada masa tersebut ditempatkan di 16 buah bandar utama di Malaysia, iaitu di Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai JARING/Internet dengan panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh dimanfaatkan oleh pengguna dari
Singapura, Brunei, dan Thailand.
Dari segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 27 organisasi dan jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Keahlian JARING dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi. Orang perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail sahaja, sementara organisasi boleh mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat.
Dalam tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik. Tumpuan utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melalui tambahan nod, talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa serta bilangan talian dail.
Dalam tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps. Sehingga akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah disediakan. Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.
Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang belakang.
Untuk membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal Perkhidmatan Akses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang ramai mendapat khidmat sokongan bagi mengakses Internet.
Seterusnya, pada tanggal 7 November 1996 JARING telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Asia Internet Holding (AIH) dari Jepun bagi mempertingkatkan perkhidmatan Internet untuk pengguna tempatan dan Asia Pasifik. Rangkaian yang dinamakan JARING-A-Bone ini memudahkan pengguna Internet menghubungi halaman web di rantau Asia. Hubungan tersebut menyediakan akses lebih cepat dan secara terus bagi pengguna kepada negara-negara Asia yang dihubungkan dengan A-Bone. Pada bulan Mei 1997, JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi lebih 150 negara.
Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 97. Selanjutnya pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian JARING meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.
Bagi menampung pengguna yang semakin meningkat dan semakin memerlukan perkhidmatan terbaik, maka pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) kedua Malaysia setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan.
Penggunaan Internet dijangka akan terus berkembang dengan cepatnya sebagai media komunikasi multimedia utama dunia yang akan membawa kita semua ke alaf ke 21. Kita amat bertuah kerana telah dapat mengenalpasti potensi Internet lebih 10 tahun dahulu berbanding dengan negara lain di rantau ini.
Apa itu JARING?
JARING adalah rangkaian komputer yang telah dibangunkan oleh MIMOS Berhad, Malaysia yang menghubungkan kepada rangkaian yang lain di serata dunia melalui talian sewaan disambungkan ke Amerika Syarikat/Kanada, Jepun dan Singapura. Kesemua rangkaian ini membentuk rangkaian komunikasi data yang besar dikenali sebagai "internet".
Objektif
1. Untuk menubuhkan rangkaian komunikasi data bersepadu.
2. Bagi meningkatkan aktiviti R&D.
3. Mempelajari dan menguji penggunaan teknologi komunikasi data dan kesan kepada aktiviti sosio-ekonomi.
Kenyataan projek
1. Menghubungkan internet secara global.
2. Pada kos yang termampu dan berpatutan.
3. Merangkumi rangkaian antarabangsa.
4. Tujuan menukar maklumat dan perkembangan lain.
5. Pembelajaran secara kreatif dan inovatif, penyelidikan dan aktiviti perniagaan.
6. Mempelopori dan membentuk masyarakat yang berinformasi.
Topologi (nod JARING)
Nod pensuisan JARING telah ditempatkan dikebanyakan bandar besar di Malaysia - Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Seremban, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu.
Di dalam kawasan Lembah Klang, nod-nod ditempatkan di Damansara, Brickfields, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang dan Bangi.

PEMBANGUNAN JARING
Dengan meningkatnya minat dan publisiti tentang Internet di Malaysia sejak kebelakangan ini, Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat tentang arah-tuju pembangunan perkhidmatan Internet.
Pada hari ini, Kerajaan Malaysia melalui MIMOS adalah satu-satunya pembekal perkhidmatan penuh Internet di Malaysia - meliputi capaian dalam dan luar negeri dan kemudahan perkhidmatan nilai-tambah untuk pengguna komersial dan bukan-komersial. JARING ialah nama rangkaian Internet di Malaysia. Pengguna boleh mencapai JARING/Internet melalui talian dail, talian litar suwa sama ada jenis analog atau digital dan juga capaian melalui ISDN. JARING akan terus menggunakan teknologi terbaik untuk faedah pengguna Internet di Malaysia.
Kerajaan akan terus meningkatkan kawasan liputan perkhidmatan JARING di seluruh negara untuk menentukan kesamaan capaian dengan kos yang termampu untuk penduduk di dalam dan luar bandar. Rangkaian ini akan disepadukan sepenuhnya dengan pembangunan Bandaraya Bistari Putrajaya dan "Multimedia Supercorridor".
Keupayaan talian tulang belakang JARING akan juga diperkembangkan untuk menyokong aplikasi baru. Litar yang sedia ada sepanjang hampir 5,000 km dengan kelajuan 64, 128, 256, 512, 768 atau 1,536 kbps (bergantung kepada kawasan liputan) akan dipertingkatkan sehingga beberapa megabit sesaat (mbps) mengikut keperluan. Beberapa litar mungkin berkelajuan melebihi 100 mbps. Rangkaian tulang-belakang berkelajuan tinggi diperlukan untuk menyokong aplikasi multimedia untu transaksi komersial, pendidikan jarak jauh, perkhidmatan kesihatan dan pentadbiran kerajaan.

Dengan wujudnya aplikasi terbaru ini nanti, rangkaian kita akan menjadi setaraf, kalau tidak lebih baik, berbanding dengan rangkaian yang serupa di negara yang lebih maju.
JARING adalah satu-satunya rangkaian Internet di Malaysia yang mempunyai `gateway' antarabangsa untuk sambungan kepada rangkaian yang serupa di negara lain di seluruh dunia. Sambungan sekarang ialah melalui Amerika Syarikat menggunakan talian gentian optik berkelajuan tinggi. Satu talian baru yang berasingan sedang dirancangkan untuk memperkukuhkan sambungan peringkat antarabangsa.

DARI KILOBIT KE TERABIT
Jika kita imbas kembali bagaimana teknologi Internet dimulakan di Malaysia, maka kita akan mendapati bahawa teknologi Internet ini mulai dicuba pada tahun 1983/84. Pada masa itu hanya terdapat sebuah komputer mini sahaja, dengan lebar jalur (bandwidth) 0 bit. Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Kelajuan pemindahan data ialah 1.2 hingga 9.6 kbps. Walaupun demikian, natijah terpenting ialah asas jaringan Internet mula bertapak di Malaysia.
Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64 kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian ini mengambil masa dua tahun sebelum menjadi sesak dengan jumlah pengguna yang semakin bertambah. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64 kbps. Peningkatan keupayaan ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian. Ia cuma bertahan selama setahun sahaja apabila lebar jalur tersebut turut penuh.
Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 di samping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps ke Amerika Syarikat yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET97. 
Tahun                         Bandwidth
1987                           1.2 – 9.6 kbps
14 NOV 1992               64 kbps
29 NOV 1994               1.5 Mbps
1995                           1.536 Mbps
1995                           2.048 Mbps
1997                          34 Mbps
11 JUN 1997               45 Mbps
OGOS 1999                 60 Mbps
Jika dibuat perbandingan terhadap teknologi lebar jalur yang semakin berkembang, maka kita akan dapati teknologi ini semakin meningkatkan kadar pemindahan data. Sekarang ini, pengguna rumah menyambungkan Internet melalui komputer peribadi (PC) dan talian telefon. Ini juga bermakna kebanyakan sambungan Internet di rumah adalah perlahan. Bagi menggambarkan kepentingan kelajuan, boleh dirujuk kepada masa yang diambil bagi menerima video 3.5 minit dengan menggunakan modem berkelajuan 28.8 kbps (ribu bit sesaat). Ia memakan masa selama 46 minit. Modem ini banyak digunakan oleh pengguna di rumah dan ia sangat perlahan bagi membawa kandungan multimedia.
Masa yang diambil bagi menerima klip video 3.5 minit dengan menggunakan teknologi berlainan
Jenis lebar jalur                         Masa pindahan
Modem 28.8 kbps                      46 minit
ISDN   128 kbps                        10 minit
Modem kabel 4 Mbps                   20 saat
ADSL 8 Mbps                              10 saat
Modem kabel                              10 Mbps 8 saat
Syarikat-syarikat telefon, satelit, penyedia perkhidmatan kabel, dan lain-lain sedang berusaha menghasilkan sambungan Internet yang lebih pantas. Teknologi lebar jalur terbaharu terus diperkenalkan, seperti ADSL (Asynchronous Digital Subscriber Line) yang membolehkan talian telefon tembaga menghantar data pada kelajuan 8 juta bit sesaat (Mbps). Pada kelajuan ini, pengguna dapat menerima video 3.5 minit dalam masa 10 saat.
Peningkatan bilangan pengguna Internet di seluruh dunia akan mengakibatkan lebar jalur yang sedia ada penuh dan tidak mampu menampung jumlah yang semakin bertambah. Dalam masa yang sama bilangan komputer dan peranti lain juga turut bertambah memenuhi Internet. Lebar jalur T1 dan E1 yang banyak pun tidak boleh memenuhi semua penggunaan Internet.
Dalam menangani perihal ini, wujud satu program yang dinamakan Internet generasi mendatang atau Next Generation Internet (NGI). Antara matlamat NGI ialah menyediakan penalaan (routing) dan pensuisan terabit, jaringan yang boleh mentadbir diri sendiri, dan testbed berkelajuan tinggi. Projek yang dimulakan di Amerika Syarikat ini menggabungkan ARPANET, CSNET, NSFNET, NASA dan pelbagai badan lagi.
Dari segi aktiviti pembangunan dan penyelidikan, projek ini bermatlamatkan untuk menghasilkan Internet II. Ia akan melibatkan pembinaan jaringan penyelidikan dan enterprise terkini untuk aktiviti penyelidikan dan aplikasi multimedia sepenuhnya. Aplikasi teknologi rangkaian dan protokol baru akan diperkenalkan dalam menghasilkan Internet II.
Oleh itu, satu revolusi bagi menampung keperluan lebar jalur Internet II telah dikenal pasti. Inilah revolusi yang dinamakan OC-12 dengan kapasiti kelajuan 622 megabit sesaat dan OC-192 dalam kapasiti kelajuan 10 gigabit sesaat. Melalui penggunaan sistem WDM (wavelength division multiplexing), sebanyak 16 OC-192 aliran bit akan diletakkan dalam setiap gentian optik. Ia akan menghasilkan kelajuan sebanyak 160 gigabit sesaat. Dengan bilangan saluran atau konduit yang sedia ada di tempat-tempat tertentu, muatan sebanyak 30 terabit dapat dihasilkan.
Melalui modem kabel selaju 10 Mbps, kita dapat mengambil video 3.5 minit hanya dalam masa 8 saat, bayangkan berapa banyak klip video dan kandungan multimedia dapat dipindahkan dengan kelajuan 30 terabit sesaat! Pihak yang membangunkan WDM juga turut bekerjasama dengan pihak Cisco, Juniper, Avivi dan syarikat router lain bagi menghasilkan router terabit.


SEJARAH PERKEMBANGAN INTERNET DUNIA

Internet merupakan jaringan komputer yang dibentuk oleh Departemen Pertahanan Amerika Serikat pada tahun 1969, melalui proyek ARPA yang disebut ARPANET (Advanced Research Project Agency Network), di mana mereka mendemonstrasikan bagaimana dengan hardware dan software komputer yang berbasis UNIX, kita bisa melakukan komunikasi dalam jarak yang tidak terhingga melalui saluran telepon.

Sejarah internet dimulai pada 1969 ketika Departemen Pertahanan Amerika, Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA) memutuskan untuk mengadakan riset tentang bagaimana caranya menghubungkan sejumlah computer sehingga membentuk jaringan organik. Program riset ini dikenal dengan nama ARPANET.


Pada 1970, sudah lebih dari 10 komputer yang berhasil dihubungkan satu sama lain sehingga mereka bisa saling berkomunikasi dan membentuk sebuah jaringan. Tahun 1972, Roy Tomlinson berhasil menyempurnakan program e-mail yang ia ciptakan setahun yang lalu untuk ARPANET. Program e-mail ini begitu mudah sehingga langsung menjadi populer.

Pada tahun yang sama, icon @ juga diperkenalkan sebagai lambang penting yang menunjukan "at" atau "pada". tahun 1973, jaringan komputer ARPANET mulai dikembangkan ke luar Amerika Serikat. Komputer University College di London merupakan komputer pertama yang ada di luar Amerika yang menjadi anggota jaringan Arpanet. Pada tahun yang sama, dua orang ahli komputer yakni Vinton Cerf dan Bob Kahn mempresentasikan sebuah gagasan yang lebih besar, yang menjadi cikal bakal pemikiran internet. Ide ini dipresentasikan untuk pertama kalinya di Universitas Sussex.

Hari bersejarah berikutnya adalah tanggal 26 Maret 1976, ketika Ratu Inggris berhasil mengirimkan e-mail dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, sudah lebih dari 100 komputer yang bergabung di ARPANET membentuk sebuah jaringan atau network. Pada 1979, Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin, menciptakan newsgroups pertama yang diberi nama USENET. Tahun 1981 France Telecom menciptakan gebrakan dengan meluncurkan telpon televisi pertama, dimana orang bisa saling menelpon sambil berhubungan dengan video link.

Karena komputer yang membentuk jaringan semakin hari semakin banyak, maka dibutuhkan sebuah protokol resmi yang diakui oleh semua jaringan. Pada tahun 1982 dibentuk Transmission Control Protocol atau TCP dan Internet Protokol atau IP yang kita kenal semua. Sementara itu di Eropa muncul jaringan komputer tandingan yang dikenal dengan Eunet, yang menyediakan jasa jaringan komputer di negara-negara Belanda, Inggris, Denmark dan Swedia. Jaringan Eunet menyediakan jasa e-mail dan newsgroup USENET.

Untuk menyeragamkan alamat di jaringan komputer yang ada, maka pada tahun 1984 diperkenalkan sistem nama domain, yang kini kita kenal dengan DNS atau Domain Name System. Komputer yang tersambung dengan jaringan yang ada sudah melebihi 1000 komputer lebih. Pada 1987 jumlah komputer yang tersambung ke jaringan melonjak 10 kali lipat manjadi 10.000 lebih. Tahun 1988, Jarko Oikarinen dari Finland menemukan dan sekaligus memperkenalkan IRC atau Internet Relay Chat. Setahun kemudian, jumlah komputer yang saling berhubungan kembali melonjak 10 kali lipat dalam setahun. Tak kurang dari 100.000 komputer kini membentuk sebuah jaringan.

Tahun 1990 adalah tahun yang paling bersejarah, ketika Tim Berners Lee menemukan program editor dan browser yang bias menjelajah antara satu komputer dengan komputer yang lainnya, yang membentuk jaringan itu. Program inilah yang disebut www, atau Worl Wide Web. Tahun 1992, komputer yang saling tersambung membentuk jaringan sudah melampaui sejuta komputer, dan di tahun yang sama muncul istilah surfing the internet. Tahun 1994, situs internet telah tumbuh menjadi 3000 alamat halaman, dan untuk pertama kalinya virtual-shopping atau e-retail muncul di internet. Dunia langsung berubah. Di tahun yang sama Yahoo! didirikan, yang juga sekaligus kelahiran Netscape Navigator 1.0.

Internet Saat Ini

Internet dijaga oleh perjanjian bi- atau multilateral dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang perpindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini dibentuk berdasarkan perbincangan Internet Engineering Task Force (IETF), yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebagian dari RFC dijadikan Standar Internet (Internet Standard), oleh Badan Arsitektur Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti, IP, TCP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP, dan SSL. Beberapa layanan populer di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah email/surat elektronik, Usenet, Newsgroup, berbagi berkas (File Sharing), WWW (World Wide Web), Gopher, akses sesi (Session Access), WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, email/surat elektronik dan World Wide Web lebih kerap digunakan, dan lebih banyak servis yang dibangun berdasarkannya, seperti milis (Mailing List) dan Weblog. Internet memungkinkan adanya servis terkini (Real-time service), seperti web radio, dan webcast, yang dapat diakses di seluruh dunia. Selain itu melalui Internet dimungkinkan untuk berkomunikasi secara langsung antara dua pengguna atau lebih melalui program pengirim pesan instan seperti Camfrog, Pidgin (Gaim), Trilian, Kopete, Yahoo! Messenger, MSN Messenger dan Windows Live Messenger. Beberapa servis Internet populer yang berdasarkan sistem tertutup (Proprietary System), adalah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, dan Gnutella.

Budaya Internet

Jumlah pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai pengaruh yang besar atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan mesin pencari seperti Google, pengguna di seluruh dunia mempunyai akses Internet yang mudah atas bermacam-macam informasi. Dibanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) / pengetahuan (knowledge) informasi dan data secara ekstrim. Perkembangan Internet juga telah mempengaruhi perkembangan ekonomi. Berbagai transaksi jual beli yang sebelumnya hanya bisa dilakukan dengan cara tatap muka (dan sebagian sangat kecil melalui pos atau telepon), kini sangat mudah dan sering dilakukan melalui Internet.

Transaksi melalui Internet ini dikenal dengan nama e-commerce. Terkait dengan pemerintahan, Internet juga memicu tumbuhnya transparansi pelaksanaan pemerintahan melalui e-government seperti di kabupaten Sragen yang mana ternyata berhasil memberikan peningkatan pemasukan daerah dengan memanfaatkan Internet untuk transparansi pengelolaan dana masyarakat dan pemangkasan jalur birokrasi, sehingga warga di daerah terebut sangat di untungkan demikian para pegawai negeri sipil dapat pula di tingkatkan kesejahterannya karena pemasukan daerah meningkat tajam.

Tata tertib Internet

Sama seperti halnya sebuah komunitas, Internet juga mempunyai tata tertib tertentu, yang dikenal dengan nama Nettiquette atau dalam bahasa Indonesia dikenal dengan istilah netiket. Untuk di Indonesia selain tata tertib sosial di Internet juga diberlakukan peraturan (UU ITE).

Isu moral dan undang-undang

Terdapat kebimbangan masyarakat tentang Internet yang berpuncak pada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hak cipta, pornografi, pencurian identitas, dan pernyataan kebencian (hate speech), adalah biasa dan sulit dijaga. Hingga tahun 2007, Indonesia masih belum memiliki Cyberlaw, padahal draft akademis RUU Cyberlaw sudah dibahas sejak tahun 2000 oleh Ditjen Postel dan Deperindag. UU yang masih ada kaitannya dengan teknologi informasi dan telekomunikasi adalah UU Telekomunikasi tahun 1999. Internet juga disalahkan oleh sebagian orang karena dianggap menjadi sebab kematian. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pemakaian narkotik yang melampaui batas dengan semangat dari teman-teman chatting IRCnya. Shawn Woolley bunuh diri karena ketagihan dengan permainan online, Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam Internet.

Akses Internet

Negara dengan akses Internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai akses jalurlebar - Broadband), dan Swedia. Terdapat dua bentuk akses Internet yang umum, yaitu dial-up, dan jalurlebar. Di Indonesia, seperti negara berkembang dimana akses Internet dan penetrasi PC sudah cukup tinggi dengan di dukungnya Internet murah dan netbook murah, hanya saja di Indonesia operator kurang fair dalam menentukan harga dan bahkan ada salah satu operator yang sengaja membuat "perangkap jebakan" agar supaya si pengguna Internet bayar lebih mahal sampai ber juta-juta rupiah!!, lainnya sekitar 42% dari akses Internet melalui fasilitas Public Internet akses seperti warnet , cybercafe, hotspot dll. Tempat umum lainnya yang sering dipakai untuk akses Internet adalah di kampus dan di kantor.

Disamping menggunakan PC (Personal Computer), kita juga dapat mengakses Internet melalui Handphone (HP) menggunakan Fasilitas yang disebut GPRS (General Packet Radio Service). GPRS merupakan salah satu standar komunikasi wireless (nirkabel) yang memiliki kecepatan koneksi 115 kbps dan mendukung aplikasi yang lebih luas (grafis dan multimedia). Teknologi GPRS dapat diakses yang mendukung fasilitas tersebut. Pen-setting-an GPRS pada ponsel Tergantung dari operator (Telkomsel, Indosat, XL, 3) yang digunakan. Biaya akses Internet dihitung melalui besarnya kapasitas (per-kilobite) yang didownload.

KESAN PENGGUNAAN INTERNET

Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Intemetjuga menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai implikasi.
    Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak di bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang  berilmu.
    Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya. Misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun perniagaan, dapat menghubungi pihak sasarannya.
     E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi .

Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.
         Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
         Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
         Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama  manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau  menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.

SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER

    Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang
    menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik
    ( pengiraan ) dan logik ( membuat keputusan ) ke atas data dan
    kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer
    memproses data secara automatik ( tanpa pertolongan manusia ) di
    bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.
    Program ( atau aturcara ) mengandungi jujukan arahan-arahan yang
    mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan
    menggunakan unit-unit yang ada padanya.
    Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan
    ringkas supaya kita boleh menghargai teknologi komputer masa kini.
    Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun
    mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk
    kerja-kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan pada
    zaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi
    matlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia
    sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan
    tepat. Ini memandangkan kepantasan akal manusia bagi
    melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu kerap
    menghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat atau
    mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan.
    Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3
    bahagian untuk menggambarkan pendekatan manusia ke arah
    penciptaan komputer yang ada sekarang iaitu :
    a) Sejarah teknik merekod
    b) Sejarah mesin kad tebuk
    c) Sejarah komputer elektronik
    Sesetengah buku pula menyatakan bahawa sejarah pengkomputeran
    boleh dibahagikan mengikut zaman iaitu :
    a) Zaman kaedah primitif
    b) Zaman kaedah mekanik
    c) Zaman kaedah elektronik
    Walaupun terdapat perbezaan dalam menyatakan sejarah
    perkembangan komputer namun kandungannya sama iaitu manusia
    menggunakan pelbagai jenis peranti di dalam pemprosesan data.
 
    SEBELUM 1940     Sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeria
    menulis di atas kepingan tanah liat. Orang Mesir menulis di atas
    Papyrus dan menggunakan 'Calmus' sebagai alat menulis. Orang
    Greek dan Romania menggunakan buku yang diperbuat daripada
    kepingan kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak
    kurun ke 14. Namun pada zaman primitif, manusia mengiran dengan
    menggunakan jejari tangan dan kaki untuk mewakili nilai atau
    bilangan nombor. Jika rekod yang tetap dikehendaki, berbagai-bagai
    kaedah digunakan. Satu daripada kaedah-kaedah itu ialah
    menandakan rekod itu di permukaan kayu-kayu atau tulang-tulang
    binatang.
    Peranti pengira terawal ialah sempoa ( abakus ) yang dipercayai
    direka lebih daripada 3,000 tahun dahulu ( sesetengah buku
    menyatakan 1,500 tahun ) dalam budaya Mediterranean kuno. Bagi
    masyarakat Jepun, abakus dikenali sebagai 'Soroban'. Perkataan
    'abakus' bermaksud debu dalam bahasa Semitik. Ia adalah bahasa
    yang digunakan oleh penduduk tamadun sekitar lembah
    Euphrates-Tigris. Seorang ahli Matematik kurun ke 11 mentakrifkan
    sebagai "flying so quickly that the eye could not follow their movement".
    Selepas itu, muncul Tetulang Napier yang telah direka oleh ahli
    Matematik Scotland bernama John Napier pada tahun 1617.
    Keupayaan Tetulang Napier ialah melakukan operasi darab dan
    bahagi namun pengiraan menggunakan alat ini adalah lambat. Atas
    sebab itu pada tahun 1645 pula, Blaise Pascal telah membina mesin
    Pascaline iaitu mesin pengira mekanikal yang pertama. Nombor boleh
    ditambah atau ditolak dengan memusing roda-roda kecil yang
    mempunyai angka 0 hingga 9. Roda bergear gerigi digunakan
    untuk melaksanakan putaran.
    Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ' Stepped Reckoner '
    telah direka oleh ahli Falsafah dan Matematik Jerman, Baron
    Gottfried Wilheim Von Leibnitz dengan mengubah suai mesin
    Pascaline. Ini merupakan detik permulaan ke arah rekaan mesin kira
    automatik. Alat ini berupaya mengubah operasi aritmetik yang
    kompleks kepada beberapa siri langkah yang mudah. Sejarah
    perkembangan komputer kemudiannya menembusi bidang
    penenunan sutera pada tahun 1804 apabila Joseph-Marie Jacquard
    telah membangunkan mesin menenun sutera  yang boleh diatur cara
    yang pertama. Mesin tersebut boleh dikawal dengan satu set arahan
    untuk melaksanakan satu tugasan khusus. Sudah pasti inilah teori
    asas di sebalik komputer dan pengkomputeran.
    Menyusul selepas itu ialah Charles Babbage yang digelar 'Bapa
    Komputer' atau 'Arkitek Komputer Moden' telah membina Enjin
    Perbezaan ( Different Engine ) pada tahun 1822. Malangnya
    pembinaan ciptaan babbge tidak disiapkan akibat beberapa masalah
    teknikal. Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik ( Analytical
    Engine ) mula dibina. Namun usaha pembinaan ini tidak dapat
    disiapkan kerana teknologi pada masa itu tidak mampu menyediakan
    komponen-komponen yang jitu. Usaha Babbge dilaksanakan oleh
    George Scheutz pada tahun 1855 dan pada tahun 1889, Henry anak
    lelaki Babbage mereka sebahagian daripada kilang Enjin Analitik itu.
    Pada tahun 1854, ahli matematik berbangsa Inggeris, George Boole
    telah mencipta satu bidang algebra. Tahun 1890 pula, Hermann
    Hollerith telah mencipta mesin Penjadualan Hollerith. Mesin ini telah
    digunakan bagi bancian pertama di Russia. Mesin Hollerith telah
    menggunakan konsep kad tebuk ciptaan Joseph-Marie Jacquard.
    Pada tahun 1937 pula, Howard Aiken memperkenalkan mesin yang
    dibuat daripada komponen-komponen mekanik dan elektonik yang
    dinamai Mark 1. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah fungsi
    trigonometri dan pengiraan asas.

    SELEPAS 1940
    Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad
    40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan
    komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan
    ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer.
    Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi
    mempunyai cirinya tersendiri.
 
Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas
    daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah
    gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa
    magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John
              V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert.
                   Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann,
                                                                          Mauchly dan Eskert
                                                                          ( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )
e. IBM 650 ( 1959 )

Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub
    hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik
    yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
2. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu
    diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
3. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara
    jujukan sahaja.
4. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
5. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
6. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan
    COBOL.
Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter
                      Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.
 
Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada
    beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna
    berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000
 
Generasi Keempat ( 1970 - ? )
Ciri-ciri :
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan
    ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun
    LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali
    saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc
    Read Only Memory ( CD ROM ) ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS
    ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak
    dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik
    oleh Dan Brickland.
e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.
 
Generasi Kelima ( ? )
Ciri-ciri :
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada
    yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap',
    dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat
    komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang
    dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan
    membuat kesimpulan.
Contoh :
a. Pentium III
 
    PENGKOMPUTERAN DI MALAYSIA 
    Mengikut perkembangan komputer tempatan, kita dapat merasakan
    ledakkannya yang agak drastik. Komputer kini telah menjadi
    sebahagian daripada keperluan dan mempengaruhi kehidupan
    seharian kita. Sebenarnya komputer telah diperkenalkan kepada
    masyarakat dunia sejak beberapa abad lalu. Di negara kita, komputer
    mula digunakan di Malaysia pada tahun 1965 apabila Lembaga
    Letrik Negara menggunakan komputer untuk memproses gaji
    kakitangan dan juga akaun syarikat. Tetapi komputer tidak disambut
    baik pada ketika itu kerana kos komputer yang tinggi dan
    kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang
    komputer.
    Kini atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer
    terhadap pembangunan negara, maka kita dapat melihat perubahan
    positif yang agak ketara. Komputer digunakan oleh masyarakat
    mengikut keperluan masing-masing bukan sahaja digunakan oleh
    agensi kerajaan dan swasta tetapi juga orang awam. Malaysia
    sekarang muncul sebagai pengguna yang keempat terbesar di Asia.
    Pada tahun 1988, sebuah syarikat tempatan telah memulakan
    pengeluaran mikrokomputer serasi IBM - PC yang dinamai ACCENT
    2001 - PC. Perkembangan ini diikuti oleh beberapa buah syarikat
    tempatan lain dalam pengeluaran PC. Pada tahun-tahun akan datang,
    keperluan tenaga mahir dalam komputer akan berlipat ganda.
    Peluang kemudahan sistem komputer pusat ini diterima kerana
    Malaysia mempunyai sistem komunikasi yang baik.

    PENDIDIKAN
    Walaupun penggunaan komputer kini meluas ke pelbagai bidan dan
    sektor masyarakat seperti perindustrian, perubatan dan penyelidikan,
    perdagangan, hiburan, pengangkutan, komunikasi dan sektor awam;
    namun tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan. Ini
    memandangkan kepada 3 sebab utama komputer digunakan dalam
    pendidikan iaitu :
    a) perkembangan teknologi baru telah menawarkan satu teknologi
        maklumat yang berkuasa, bersepadu serta berfungsi kerana kaedah
        ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumat
        kepada para pendidik dan pelajar.
    b) komputer berperanan sebagai alat berkaitan dengan maklumat dan
        pengetahuan.
    c) para pendidik dan pelajar memerlukan maklumat dan pengetahuan
        sebagai kunci kejayaan.
    Mengikut pendapat Robert Taylor ( 1980 ), peranan komputer dalam
    pendidikan terbahagi kepada 3 iaitu TUTOR, TOOL dan TUTEE.
    Sebagai TUTOR, komputer berperanan sebagai pengajar melalui
    pendekatan pengajaran berbantukan komputer. Sebagai TOOL,
    komputer menjadi alat untuk memudahkan proses pengajaran dan
    pembelajaran seperti konteks pengajaran berintergrasikan komputer.
    Sebagai TUTEE pula, komputer berperanan sebagai alat yang
    diajar. Proses ini berlaku apabila pelajar memberi arahan kepada
    komputer atur cara yang disediakan sendiri.
    Penggunaan komputer memberi kesan yang besar dan bermakna
    terhadap kualiti pembelajaran iaitu :
    a) memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih
        efisien.
    b) membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru
        yang lebih efektif.
    c) memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
        pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan
        menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
    d) komputer adalah media ideal untuk pengajaran individu dan
        pemulihan.
    Dalam keghairahan menikmati pengaplikasian IT, kita juga terdedah
    kepada implikasi negatif akibat penyalahgunaan komputer ini.
    Golongan remaja terutamanya terdedah kepada budaya negatif ini
    sehinggakan boleh mempengaruhi corak kehidupan mereka ke arah
    yang bertentangan dengan agama dan budaya rakyat Malaysia.
    Internet misalnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk dilayari
    bukan untuk disalahgunakan tetapi malangnya sekarang terdapat
    pelbagai isu yang kurang menyenangkan. Oleh itu, dalam
    memperolehi kebaikan kita seharusnya berwaspada dan bijak
    menggunakan kemudahan yang sedia ada.

 

 

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perkembangan IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Generasi pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah digunakan sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer menggunakan kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan.

Generasi Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan kat tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan COBOL.

Transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era Generasi Ketiga (1964-1979). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan seperti BASIC.

Komputer Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer pribadi mula diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antaramuka bergrafik.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.
Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang dilangit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa berlayar. Jika dahulu ada yang merujuk kepada keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui stelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat kita, manusia kawal. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik. Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam system pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan “Dunia Tanpa Sempadan”. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman berbual, e-mail, system pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, berita terkini juga dapat diikuti dengan serta-merta. Siaran langsung seperti konsert, perlawanan bola sepak, dan siaran berita juga dapat dijalankan. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea, Japan, mahupun Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro. Telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasa nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT ialah pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.
Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh factor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini ternyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai matapelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah dapat mengikuti pelajaran sekolah menengah melalui modal pelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh kerajaan.
Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang pentijng dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut pernah menggegarkan seluruh Malaysia. Ia tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi dengan kamera video yang merakam lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah.
Bertitik tolah dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan untuk melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dann serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara Malaysia.

KESAN TEKNOLOGI TERHADAP BIDANG PEKERJAAN


Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan digantikan oleh peralatan. Namun berdasarkan pencapaian negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun, kebimbangan tersebut nampaknya tidak berasas. Merujuk kepada "1994 White Paper of the European Commision on Growth, Competitiveness, and Empoyment " antara 1970 dan 1992, ekonomi Amerika Syarikat bertumbuh 70% sementara pekerjaan bertumbuh 49%. Ekonomi Jepun bertumbuh sebanyak 173%, dengan pertumbuhan pekerjaan 25%. Di samping itu, antara 1993 dan 1996, apabila kebanyakan negara Eropah mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi maklumat dalam pejabat dan kilang, telah menghasilkan lebih lapan juta pekerjaan baru(Castells, 1996).

Ahli teori perdagangan(Trade theorists) berhujah bahawa potensi pengurangan pekerjaan sebagai kesan penggunaan teknologi maklumat akan wujud sekiranya ;

Pengembangan dalam permintaan tidak diseimbangi peningkatan dalam produktiviti buruh; dan

Tiada tindakbalas institusi untuk mengurangkan masa pekerjaan dan bukannya pekerjaan sendiri.
Menurut Castells, tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. Sesetengah pekerjaan semakin tidak penting tetapi terdapatnya pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun kuantiti hubungan di antara kerugian dan keuntungan tersebut berbeza di antara firma, industri, sektor, wilayah dan negara. Ia bergantung kepada keupayaan saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global.
Menurut Organization for Economic Cooperation and Development(OECD), pada awal abad ke-21, dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negara-negara tersebut : Amerika Syarikat, 1992-2005, akan mengalami peningkatan pekerjaan bersih 24 juta(peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4 juta(peningkatan 6%); dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 6-7%). Namun unjuran ini adalah amat sensitif kepada kepelbagaian dalam andaian yang digunakan. Pertama sekali, evolusi tahap pekerjaan tidak diberi. Ia amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi tersebut oleh masyarakat, atas dasar penghijrahan, evolusi keluarga, pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan sistem baru dalam perhubungan industri.
Justeru itu, teknologi maklumat tidak akan menyebabkan pengangguran walapun ia secara nyatanya mengurangkan tempoh kerja per unit pengeluaran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ia akan membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya pekerjaan yang bersabit dengan maklumat dan pekerjaan yang tidak.
Cadangan

PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT


Pengaruh Teknologi Maklumat

Pengangkutan
Pengangkutan Jalan
Bayangkan anda sedang duduk di dalam kenderaan yang berhalaju 120 batu sejam di atas lebuhraya yang padat. Anda menghadapi masalah jerebu namun pengendali kenderaan di lorong sebelah telah tertidur sedangkan anda sedang menonton televisyen. Pelik? Terkejut? Sebenarnya anda agak selamat, anda sedang memandu kenderaan bistari dalam Lebuh-Raya Bersistem Automasi(LBA) masa depan yang berupaya mengurangkan 1.2 juta pelanggaran setiap tahun, menyelamatkan beribu-ribu nyawa, serta menjimatkan berjuta-juta ringgit akibat kemalangan.
Namun isu timbul merujuk kepada penerimaan masyarakat terhadap sistem sebegini. Sediakah mereka melepaskan pemanduan kenderaan secara bebas dan serahkan tugas tersebut kepada komputer. Seperti yang diketahui umum, komputer kadangkala gagal, kegagalannya dalam sistem ini akan mencetuskan kemalangan yang boleh dimasukkan dalam rekod antarabangsa.
Walaubagaimanapun, bukan senang untuk mewujudkan lebuh-raya bersistem automasi tersebut, Amerika Syarikat telah memulakan penyelidikan dan pembangunan sejak 1991 dan ia masih dalam proses. Untuk menyokong lebuh-raya tersebut, pelbagai teknologi diperlukan untuk memandu kenderaan dan mengawal sistem lalulintas; Sistem Pengangkutan Pintar, sesetengah teknologi ini telah dipasarkan dewasa ini.
Selain itu, Kenderaan Pintar diperlukan untuk membantu pengendali dalam pengendalian kenderaan, persekitaran dan memberi amaran terhadap masalah kesesakan. Salah satu elemen kenderaan pintar adalah Anti Lock Braking System(ABS) yang menghalang tayar kenderaan mengunci dirinya dalam keadaan perhentian panik.
Di samping itu, salah satu elemen penting untuk mewujudkan LBA adalah Sistem Kedudukan Global. Dengan wujudnya sistem ini, peta tidak lagi diperlukan, sistem ini akan menentukan jalan yang paling pendek serta cepat dan memandu kenderaan anda ke destinasi yang telah ditentukan anda. Dewasa ini, Sistem Pemanduan Kenderaan telah mula dipasarkan di Amerika Syarikat.
Untuk melengkapkan lagi LBA, Sistem Pengurusan Kesesakan diperlukan untuk mengenalpasti kesesakan. Antara tahun 1985 dan 1994, bandar Lexington, Kentucky telah menggunakan sistem lalulintas berkomputer untuk mengurangkan lalulintas henti-jalan sebanyak 40% serta mengurangkan pelanggaran sebanyak 30%(Meyer, 1999).
Namun LBA dikritik akan memburukkan lagi masalah kesesakan dalam jangka panjang. LBA direkabentuk untuk mengurangkan kesesakan dengan cara mengerakkan kenderaan secara lebih padat. Dengan itu, ia seakan-akan menambahkan lorong dalam lebuh-raya. Namun penambahan ini hanya boleh menyelesaikan masalah kesesakan dalam jangka pendek. Secara logiknya, apabila lorong menjadi banyak, ia akan menggalakkan lebih banyak penggunaan kenderaan. Sekiranya LBA membawa kepada pengembagan keupayaan menampung kenderaan yang tinggi maka kita akan kembali kepada masalah asal kesesakan.
Pengangkutan Udara
Sekiranya lalulintas udara terus meningkat pada kadar dewasa ini, pada tahun 2010, ia akan sampai kebarangkalian satu kemalangan utama setiap minggu. Dalam kes ini, teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan peranan yang penting untuk memastikan keselamatan yang lebih, berkait dengan rekabentuk, juruterbang, sistem pemanduan dan lalulintas udara(Meyer, 1999)

Pengangkutan Laut
Dengan wujudnya Emergency Position Indicating Radio Beacons(EPIRB), pelayar-pelayar dengan mudah boleh menghantar isyarat kecemasan sekiranya timbul sebarang masalah. Kedudukan pelayar tersebut akan ditentukan melalui Sistem Kedudukan Global dan bantuan akan dihantar secepat mungkin. Namun masalah komputer seperti Y2K boleh memberi pengaruh negatif terhadap sistem tersebut. Kecacatan ataupun dilemma komputer tersebut boleh mencacatkan sistem kedudukan global dan menyebabkan kapal-kapal menghadapi masalah penentuan lokasi(Star, 21-8-1999).
Pendidikan
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran
Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia.
Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajaran dia, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.
Reformasi Sistem Persekolahan
Cara pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah didapati tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar hanya duduk dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang menggalakkan. Ini merupakan senario yang kerap di dalam USM sendiri terutamanya dalam kuliah sarjana muda. Walaupun terdapatnya usaha pensyarah untuk menggalakkan penyertaan pelajar namun penyertaan yang diharapkan adalah amat kurang.
Namun dengan wujudnya rangkaian maklumat yang membolehkan pelajar memberi pandangan dan maklum balas secara rawak dan dengan cepat maka penyertaan tersebut akan mempunyai kadar yang lebih tinggi. Alasan seperti tidak dapat berjumpa dengan pensyarah akan dihapuskan sama sekali memandangkan faktor masa dalam rangkaian maklumat tidak sama dengan masa sebenar. Menurut teori pergerakan ruang, ruang aliran akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Segala maklumat yang disalurkan merupakan penyebab yang secara kumulatif menjanakan ruang tersebut. Aktiviti menghantar dan menerima maklumat tersebut merupakan tindakan sosial yang dibawa dalam ruang aliran. Asalkan seseorang peka terhadap rangkaian tersebut, segala maklumat dan maklum balas akan dapat disampaikan mahupun diterima.
Perubatan
Membantu Golongan Yang Memerlukan Bantuan Khas
10 daripada 100 orang adalah cacat. Di Amerika Syarikat, 20 juta orang cacat mengalami halangan dalam kehidupan harian mereka(Meyer, 1999). Bagi golongan ini, teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan peranan yang penting dalam memberi kebebasan kepada mereka. Contohnya kewujudan program yang berupaya membaca teks dapat membantu orang buta berkomunikasi tanpa bantuan keluarga, rakan-rakan dan pekerja lain atau mesin rekod suara.
Selain itu, komputer juga memberi peluang sosial baru kepada orang cacat melalui penggunaan internet, irc serta icq dan lain-lain program. Mereka tidak perlu pergi ke kawasan bandar untuk bertemu atau berkenalan. Mereka juga tidak perlu melalui pengalaman pahit di dalam bandar yang tidak direka untuk mereka. Di samping itu, terdapat rangkaian yang dikhaskan untuk mereka berkenalan dan bergaul dengan golongan yang sama di mana sebelum ini tiada seluran yang begini mudah. Mesyuarat boleh dijalankan bila-bila masa asalkan seseorang mempunyai talian telefon, komputer serta modem.
Tele-Perubatan
Dalam keadaan tertentu, pesakit sebenarnya tidak perlu berjumpa dengan doktor. Ini adalah kerana dalam kebanyakan kes, doktor cuma memeriksa pesakit melalui sintom yang diberitahu oleh pesakit sendiri. Justeru itu, suatu program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah memadai untuk menggantikan tugas sedemikian. Britain telah menggunakan sistem sedemikian untuk mengurangkan beban doktor(Laver, 1989). Doktor seharusnya menumpukan perhatian dalam kes yang serius yang mana pesakit tidak dapat memeriksa sebarang sintom.
Namun kesahihan sistem sedemikian akan sentiasa dipertikaikan akibat faktor-faktor keselamatan, kepercayaan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, kos pelaksanaan sistem sedemikian juga amat tinggi kerana ia perlu sentiasa dinaik taraf dan dinilai bagi memberikan tahap ketepatan dan kepercayaan yang tinggi. Di samping itu, pelaksanaan sistem sedemikian akan menggugat kesenangan golongan buta huruf untuk mendapatkan rawatan biasa memandangkan sistem tersebut cenderung mengurangkan atau menggantikan peranan klinik. Justeru itu, timbul pendapat bahawa ia hanya sesuai untuk tujuan farmasi sahaja di mana pesakit telah diberikan diskripsi ubat; dan menggunakan tele-perubatan cuma untuk mendapatkan ubat tersebut.
Walau bagaimanapun, penggunaan Smart Card akan melengkapkan lagi sistem tersebut memandangkan kesemua maklumat peribadi pesakit termasuk sejarah perubatan telah dikodkan. Namun kita tidak harus melihat bidang perubatan ditukarkan kepada sejenis industri. Perubatan sebagai perindustrian akan mencetuskan kesan mental yang buruk terhadap pesakit. Pesakit sebenarnya telah dibebankan dengan persekitaran hospital yang dipenuhi dengan pesakit-pesakit lain. Justeru itu, penggunaan teknologi yang keterlaluan akan menyebabkan hubungan doktor-pesakit hilang, ini akan menjanakan keadaan yang tidak menggalakkan dalam kes kesihatan yang serius.
Seni dan Hiburan
Digital
Dewasa ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
Penduduk bandar juga tidak semestinya pergi ke panggung wayang atau muzium untuk melihat filem atau khazanah negara. Kesemua ini memberi impak terhadap perancangan guna tanah kawasan bandar. Kesan langsung daripadanya adalah pengurangan dalam isipadu lalulintas yang disebabkan oleh aktiviti tersebut. Ini akan mengagihkan tanah bagi tujuan yang lain misalnya kawasan hijau atau taman-taman yang tidak dapat digantikan oleh teknologi maklumat.
Namun harus diingati bahawa dengan menukarkan bahan-bahan kepada bit-bit. Masalah cetak rompak akan lagi berleluasa. Bahan-bahan yang didigitkan kemungkinan besar akan menjadi tidak berharga. Ini adalah kerana ia boleh disalin dan dikeluarkan semula berkali-kali, berbeza dengan bahan-bahan sebenar yang akan berkurangan kuantitinya apabila digunakan.
Dunia Maya
Ia adalah satu sistem yang mensimulasikan alam nyata(reality). Alam nyata ditayangkan dalam bentuk imej, dalam dunia yang kelihatan seperti dunia nyata. Pengalaman dalam dunia maya bukan hanya menerusi skrin imej tetapi ia sendiri menjadi pengalaman kepada mereka yang berada di dalamnya(Castells, 1999). Kewujudan dunia maya akan membawa perubahan tertentu dalam cara hidup di bandar. Memandangkan ia begitu benar dan kadangkala dapat memuatkan ciri-ciri idealisme yang tidak terdapat dalam dunit nyata. ia merupakan satu ruang yang membolehkan penduduk membuat pilihan samada hendak memilih dunia maya atau dunia nyata untuk menjalankan aktiviti tertentu.
Contohnya seseorang yang ingin keluar bersiar-siar di bandar boleh memilih bandar nyata atau bandar maya. Bagi mereka yang ingin melihat bandar sebagai utopia maka dunia maya mampu memberi satu bandar sedemikian. Namun penggunaan dunia maya bukan hanya terhad kepada hiburan sahaja. Ia menjadi medan ujian bagi percubaan pengalaman yang seakan-akan benar. Misalnya ujian memandu kenderaan boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tanpa menggunakan jalanraya sebenar. Dari segi perancangan pula, model-model boleh dihasilkan untuk menguji kesan perancangan terhadap sesebuah bandar. Seseorang boleh mencuba pengalaman di dalam bandar tersebut sebelum pelan susun atur diluluskan. Ini akan menambahkan lagi penilaian pelan tersebut.

Rekreasi
Dengan wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan maklumat dengan cepat dan tepat, kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di rumah. Ini bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek. Ini adalah kerana seseorang tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke pejabat, tersesak atas jalanraya, makan di luar dan sebagainya. Kesannya masa rekreasi penduduk akan bertambah dan ini akan mempengaruhi penawaran jenis perkhidmatan pada masa depan.
Perdagangan dan Perindustrian
Perdagangan Elektronik
Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Menjelang tahun 2001, gedung membeli-belah berangkai(online shopping) dijangka akan menarik antara $3.5 hingga $6 juta di Amerika Syarikat(Meyer, 1999). Di Malaysia, gedung-gedung seperti Parkson, Sapura, 3Comm dan Biz.st telah menawarkan khidmat beli-belah berangkai. Rasionalnya adalah kadar penggunaan internet yang tinggi akan menggalakkan penawaran sedemikian. Pada tahun 1994, terdapat lebih kurang 500,000 pengguna yang berdaftar dengan Jaring dan TmNet(Star, 31-7-1999).
Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
Selain daripada aktiviti membeli-belah, rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Dewasa ini, aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
Di samping itu, surat elektronik yang semakin tinggi kadar penggunaannya akan memberi pengaruh terhadap perkhidmatan pos serta sistem pengangkutan yang bersabit dengannya. Ia juga mengurangkan penggunaan kertas dan sampul surat. Ini merupakan satu langkah baik ke arah kemampanan hutan di dunia