Tips Membuat Carian Di Google (Mesti Baca!)


Hai.
Apa khabar semua? Semestinya kebanyakan daripada anda datang ke blog
ini melalui carian lirik lagu samada melalui Google mahupun Yahoo bukan?
Saya bagi pihak Administrator ingin mengucapkan jutaan terima kasih di
atas kesudian anda untuk memilih blog ini sebagai salah satu sumber
untuk mendapatkan lirik-lirik terbaru lantas menjadikan pelawat ke blog
ini semakin bertambah dari hari ke hari. Terima kasih!
Akan
tetapi, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya ketika
saya menganalisis carian kata kunci yang datang ke blog ini melalui
enjin carian Google. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pengguna
Internet yang pernah melawati blog ini agak kurang arif akan cara-cara
yang betul untuk membuat carian di Google
Oleh
itu, bagi membolehkan pelawat blog ini untuk mendapatkan keputusan
carian yang menepati kehendak mereka di sini saya sediakan tips untuk
membuat carian di Google. Anggaplah ia sebagai suatu pengetahuan yang
boleh dikongsi bersama di samping dapat memudahkan anda untuk membuat
carian lirik melalui Google di masa hadapan
Untuk mencari kata kunci yang sama (exact keyword)
Sekiranya
anda menaip 2 atau lebih kata kunci, Google akan menafsir setiap kata
kunci tersebut secara berasingan dan akan membuat carian berasingan
untuk kata-kata kunci tersebut. Sebagai contoh untuk carian lirik lagu, Google akan menafsir secara berasingan kata-kata kunci tersebut sebagai lirik dan lagu
Untuk carian yang lebih efektif, anda boleh menggunakan simbol double quote(" ") di dalam carian anda menjadi seperti "lirik lagu"
Mengecualikan kata kunci dalam carian
Sebagai contoh, anda ingin membuat carian lirik siti
iaitu carian mengenai lirik penyanyi yang bermula dengan Siti seperti
Siti Nurhaliza, Siti Sarah dll tetapi anda tidak mahu lirik oleh
penyanyi Siti Nordiana
Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan simbol dash (-), di mana anda boleh membuat carian seperti lirik siti -nordiana
Membuat carian spesifik di sesebuah laman web/blog
Contohnya,
jikalau anda ingin mencari lirik daripada penyanyi Yuna dan anda ingin
Google memaparkan carian daripada blog ini sahaja anda boleh menaip yuna site:lirik-lagu-best.blogspot.com
Diharapkan
informasi ini dapat membantu anda semua untuk membuat carian yang lebih
tepat di masa akan datang. Terima kasih kerana terus menyokong blog
ini. Selamat meng-Google! :P
No comments:
Post a Comment