"Maklumat dihujung jari". Apabila melihat semula struktur ayat maklumat dihujung jari, mungkin ada di antara kita yang telah mahir dalam proses membuat pencarian di internet dan tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Tutorial kali ini, akan membincangkan sedikit tips untuk menggunakan enjin carian Google dengan lebih efektif dalam skop carian maklumat. Untuk tutorial ini, saya gunakan laman: www.google.com Keputusan pencarian mungkin berbeza sekiranya menggunakan www.google.com.my
Mencari Difinisi atau Maksud Sesuatu Perkataan

Rajah 1: Carian difinisi
Definisi merupakan suatu maklumat yang mungkin agak subjektif kerana ianya berbeza mengikut perspektif dan skop penulisan atau pemahaman. Walaubagaimanapun, anda boleh gunakan Google untuk membuat carian serta mendapatkan definisi sesuatu perkataan dengan mudah. Sebagai contoh, anda ingin mencari definisi perkataan "regression". Anda hanya perlu sertakan perkataan define dihadapan perkataan regression. Sebagai contoh: define:regression. Lihat Rajah 1 diatas, dalam kotak carian, ditulis "define:regression" dan dibawah disertakan hasil carian difinisi untuk perkataan regression.
Mendapatkan Maklumat Waktu Terkini di Mana-Mana Lokasi

Rajah 2: Memaparkan waktu di tempat lain
Tidak perlu pergi ke laman web yang menyediakan perkhidmatan paparan waktu untuk seluruh dunia. Anda boleh terus mendapatkan maklumat tersebut daripada laman enjin carian Google. hanya gunakan perkataan "time" dihadapan kata kunci carian anda contohnya "time:Mecca Saudi Arabia" atau "time:Mecca". Google akan memaparkan waktu dan hari di Negara tersebut. Anda boleh gunakan carian untuk negara lain seperti Liverpool, UK dan sebagainya. Sila rujuk Rajah 2 di atas.
Mendapatkan Maklumat Tukaran Matawang

Rajah 3: Tukaran matawang
Pencarian ini mungkin mempunyai sedikit kecelaruan maklumat dan kesahihannya mungkin boleh dipertikaikan sedikit. Ini kerana, sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat terkini berkenaan nilai tukaran matawang, adalah lebih baik rujuk kepada laman web bank atau Bank Negara Malaysia sendiri. Walaubagaimanapun, pencarian ini masih releven untuk digunapakai. Sebagai contoh, anda ingin tahu nilai 1 Pound bersaam dengan berapa Ringgit Malaysia. anda hanya perlu masukkan kata kunci carian seperti "1 Pounds to MYR" dan Google akan paparkan kepada anda maklumat tersebut. Boleh tukar kepada mana-mana matawang, contohnya "1 dollar to MYR". Sila rujuk Rajah 3 di atas.
Mendapatkan Maklumat IP Address Komputer

Rajah 4: IP Address komputer
Untuk mengetahui, maklumat atau nombor IP address kamputer ada, anda boleh gunakan Google sebagai alternatif kepada Command Promt (CMD). Anda hanya perlu taip masuk perkataan IP Address kedalam kotak carian dan Google akan memaparkan nombor IP anda. Carian ini hanya berjaya digunakan dalam laman "www.google.com" sahaja. untuk "www.google.com.my" tidak boleh. Sila rujuk Rajah 4.
Mendapatkan Maklumat Berkenaan Laman

Rajah 5: Maklumat berkaitan suatu laman
Dengan menggunakan teknik ini, anda akan dapat maklumat web, link kepada cache, maklumat berkenaan laman yang sama atau berkaitan laman web tersebut. Carian ini amat membantu sekiranya anda memerlukan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu laman web. Sila rujuk Rajah 5.
Mendapatkan Paparan Peta / Lokasi Sesuatu Tempat

Rajah 6: Paparan peta / lokasi negeri
Google Map merupakan salah satu perkhidmatan yang Google sediakan. Anda boleh mendapatkan peta sesuatu kawasan tanpa perlu ke laman "maps.google.com". Anda boleh gunakan laman Google yang sedia ada untuk membuat carian dan mendapatkan paparan peta. Contohnya, taip kan kata kunci "map perak, malaysia" dan keptusan carian akan memaparkan keputusan carian peta. Sila rujuk Rajah 6.

Rajah 7: Paparan peta / lokasi bandar
Untuk mendapatkan keputusan yang lebih terperinci, masukkan daerah atau nama bandar yang anda cari contohnya "taiping perak, malaysia" seperti dalam paparan Rajah 7.
Mendapatkan Maklumat Cuaca di Suatu Kawasan

No comments:
Post a Comment