Monday, 17 December 2012

TEKNIK CARIAN GOOGLE

(NURULIDAYAH BT ISMAIL) BA11110367
             Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas. Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas. Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta. Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul. Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet. 
Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain. Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google. Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-
1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat. Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti – Enterprise – Ker dan lain-lain. 
3. Penggunaan tanda pengikat kata (” “) bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian. Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, “Membujur lalu melintang patah”.
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata. Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (” “). 
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian. Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan readingdalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat. Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu. Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini. Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut. 
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan. 
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) – Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) – Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) – Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) – Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran – Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara. Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas. Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian. Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat. Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris. Sekian terima kasih.


SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/teknik-carian-google-keyword-spider-crawl/#ixzz2FIRUnZwh

Sunday, 16 December 2012

Cara Membuat link Dalam Postingan Blogger


Cara Membuat Link Dalam Postingan Blogger


Sebuah software blog di rancang agar mudah untuk digunakan, dalam membuat link pun sebenarnya anda tidak di tuntut untuk bisa membuat link menggunakan kode HTML, karena sudah tersedia fasilitas untuk membuat link.

Hal yang sering membuat link adalah dalam sebuah artikel, oleh karenanya berikut adalah cara membuat link dalam postingan blogger.

  1. Silahkan login ke blogger, lalu buatlah sebuah postingan baru.
  2. Silahkan isi dengan artikel yang anda inginkan.
  3. Tandai kata-kata yang ingin anda buat link (tautan).
  4. Klik tool untuk membuat link, lihat gambar di bawah : cara membuat link
  5. Isilah dengan alamat link tujuan yang anda inginkan. Lanjutkan dengan klik OKmembuat link
  6. Silahkan publikasikan jika anda rasa semua telah siap.
  7. Silahkan lihat hasilnya. Seharusnya kata-kata tadi menjadi sebuah link.
  8. Selesai,

CARA MENGGUNAKAN TEMPLAT 

BARU BLOGGER


-NUR HASMIRA BT HASSAN


BAIK UNTUK BLOG LAMA ATAU BARU

  • 1Pada saat membuat blog baru, dan nama serta domainnya sudah disetujui oleh Blogger, maka anda akan diberikan 4 macam rancangan template baru ketika sudah sampai di tempat akan memasang template. Anda bisa memilih salah satu template baru yang disediakan tersebut. Pilih saja salah satunya, nanti bisa anda ganti kalau tidak suka.

    Kalau anda ingin menggantinya saat itu, klik Rancangan seperti dijelaskan di bawah ini:
  • 2Kalau untuk mengganti template lama dengan template baru Blogger, anda masuk ke dasbor Blogger dan klik Rancangan (Design) pada blog yang ingin anda ubah templatenya
  • 3Pada tampilan yang kemudian muncul, klik Perancang Templat Baru
  • 4Akan muncul tampilan seperti di bawah ini. Di situ diberikan 6 macam template baru dan masing-masing template dilengkapi dengan beberapa desain alternatif di bawahnya.
  • 5Lalu di sudut kanan atas, ada beberapa tombol yang bisa anda klik. Yang penting adalah Back to Blogger untuk kembali ke dasbor dan Apply this to blog yang anda klik ketika akan memakai salah satu template yang disediakan di blog anda.

Layout

Di bawah Background

Di bawah Background terdapat tombol Layout yang isinya ada 3: Body Layout, Footer Layout dan Adjust Width.
  • 1Body Layout | Isinya adalah layout body dari blog, yaitu mengatur letak dan jumlah sidebar. Sidebar bisa berjumlah 2 atau 3. Bisa juga tidak ada. Letaknya bisa di kiri atau kanan dari post area. Tergantung anda, sukanya yang mana.
  • 2Footer Layout | Adalah jumlah footer yang anda pakai, bisa 1, 2 atau 3.
  • 3Adjust Width | Ini adalah untuk mengatur lebar blog dan sidebarnya. Anda bisa menggeser alat yang ada di situ.
Background atau Latar

Lebih tepatnya warna latar

Di sebelah kiri ada 4 tombol yang bisa anda klik. Pertama adalah Background (latar) Silakan pilih salah satu warna yang anda sukai. Blogger juga memberikan saran untuk kombinasi warna yang lain.
Jangan lupa menekan APPLY TO BLOG kalau sudah menentukan salah satu kombinasi warna latar yang mau anda pakai.
 Advanced
Ini adalah menu yang terakhir, adanya di bawah Layout. Di sini anda bisa mengatur banyak, misalnya jenis huruf, warna huruf, format huruf, dan sebagainya, dan sebagainya. 
Jangan sampai anda lupa menekan APPLY TO BLOG setiap kali anda ingin melakukan 
http://asyraf.org/v3/tutorial/tutorial-web/item/15-tips-carian-di-google-carian-maklumat-bahagian-1



"Maklumat dihujung jari". Apabila melihat semula struktur ayat maklumat dihujung jari, mungkin ada di antara kita yang telah mahir dalam proses membuat pencarian di internet dan tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Tutorial kali ini, akan membincangkan sedikit tips untuk menggunakan enjin carian Google dengan lebih efektif dalam skop carian maklumat. Untuk tutorial ini, saya gunakan laman: www.google.com Keputusan pencarian mungkin berbeza sekiranya menggunakan www.google.com.my
Mencari Difinisi atau Maksud Sesuatu Perkataan
define
Rajah 1: Carian difinisi
Definisi merupakan suatu maklumat yang mungkin agak subjektif kerana ianya berbeza mengikut perspektif dan skop penulisan atau pemahaman. Walaubagaimanapun, anda boleh gunakan Google untuk membuat carian serta mendapatkan definisi sesuatu perkataan dengan mudah. Sebagai contoh, anda ingin mencari definisi perkataan "regression". Anda hanya perlu sertakan perkataan define dihadapan perkataan regression. Sebagai contoh: define:regression. Lihat Rajah 1 diatas, dalam kotak carian, ditulis "define:regression" dan dibawah disertakan hasil carian difinisi untuk perkataan regression.

Mendapatkan Maklumat Waktu Terkini di Mana-Mana Lokasi
time
Rajah 2: Memaparkan waktu di tempat lain
Tidak perlu pergi ke laman web yang menyediakan perkhidmatan paparan waktu untuk seluruh dunia. Anda boleh terus mendapatkan maklumat tersebut daripada laman enjin carian Google. hanya gunakan perkataan "time" dihadapan kata kunci carian anda contohnya "time:Mecca Saudi Arabia" atau "time:Mecca". Google akan memaparkan waktu dan hari di Negara tersebut. Anda boleh gunakan carian untuk negara lain seperti Liverpool, UK dan sebagainya. Sila rujuk Rajah 2 di atas.

Mendapatkan Maklumat Tukaran Matawang
duit
Rajah 3: Tukaran matawang
Pencarian ini mungkin mempunyai sedikit kecelaruan maklumat dan kesahihannya mungkin boleh dipertikaikan sedikit. Ini kerana, sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat terkini berkenaan nilai tukaran matawang, adalah lebih baik rujuk kepada laman web bank atau Bank Negara Malaysia sendiri. Walaubagaimanapun, pencarian ini masih releven untuk digunapakai. Sebagai contoh, anda ingin tahu nilai 1 Pound bersaam dengan berapa Ringgit Malaysia. anda hanya perlu masukkan kata kunci carian seperti "1 Pounds to MYR" dan Google akan paparkan kepada anda maklumat tersebut. Boleh tukar kepada mana-mana matawang, contohnya "1 dollar to MYR". Sila rujuk Rajah 3 di atas.

Mendapatkan Maklumat IP Address Komputer
IP
Rajah 4: IP Address komputer
Untuk mengetahui, maklumat atau nombor IP address kamputer ada, anda boleh gunakan Google sebagai alternatif kepada Command Promt (CMD). Anda hanya perlu taip masuk perkataan IP Address kedalam kotak carian dan Google akan memaparkan nombor IP anda. Carian ini hanya berjaya digunakan dalam laman "www.google.com" sahaja. untuk "www.google.com.my" tidak boleh. Sila rujuk Rajah 4.

Mendapatkan Maklumat Berkenaan Laman
info
Rajah 5: Maklumat berkaitan suatu laman
Dengan menggunakan teknik ini, anda akan dapat maklumat web, link kepada cache, maklumat berkenaan laman yang sama atau berkaitan laman web tersebut. Carian ini amat membantu sekiranya anda memerlukan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu laman web. Sila rujuk Rajah 5.

Mendapatkan Paparan Peta / Lokasi Sesuatu Tempat
peta
Rajah 6: Paparan peta / lokasi negeri
Google Map merupakan salah satu perkhidmatan yang Google sediakan. Anda boleh mendapatkan peta sesuatu kawasan tanpa perlu ke laman "maps.google.com". Anda boleh gunakan laman Google yang sedia ada untuk membuat carian dan mendapatkan paparan peta. Contohnya, taip kan kata kunci "map perak, malaysia" dan keptusan carian akan memaparkan keputusan carian peta. Sila rujuk Rajah 6.

peta2
Rajah 7: Paparan peta / lokasi bandar
Untuk mendapatkan keputusan yang lebih terperinci, masukkan daerah atau nama bandar yang anda cari contohnya "taiping perak, malaysia" seperti dalam paparan Rajah 7.

Mendapatkan Maklumat Cuaca di Suatu Kawasan
cuaca

Cara Untuk Membuat Carian Di Google

http://lirik-lagu-best.blogspot.com/2009/06/tips-membuat-carian-di-google-mesti.html

Tips Membuat Carian Di Google (Mesti Baca!)

 

Hai. Apa khabar semua? Semestinya kebanyakan daripada anda datang ke blog ini melalui carian lirik lagu samada melalui Google mahupun Yahoo bukan? Saya bagi pihak Administrator ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian anda untuk memilih blog ini sebagai salah satu sumber untuk mendapatkan lirik-lirik terbaru lantas menjadikan pelawat ke blog ini semakin bertambah dari hari ke hari. Terima kasih!

Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya ketika saya menganalisis carian kata kunci yang datang ke blog ini melalui enjin carian Google. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pengguna Internet yang pernah melawati blog ini agak kurang arif akan cara-cara yang betul untuk membuat carian di Google

Oleh itu, bagi membolehkan pelawat blog ini untuk mendapatkan keputusan carian yang menepati kehendak mereka di sini saya sediakan tips untuk membuat carian di Google. Anggaplah ia sebagai suatu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama di samping dapat memudahkan anda untuk membuat carian lirik melalui Google di masa hadapan



Untuk mencari kata kunci yang sama (exact keyword)

Sekiranya anda menaip 2 atau lebih kata kunci, Google akan menafsir setiap kata kunci tersebut secara berasingan dan akan membuat carian berasingan untuk kata-kata kunci tersebut. Sebagai contoh untuk carian lirik lagu, Google akan menafsir secara berasingan kata-kata kunci tersebut sebagai lirik dan lagu

Untuk carian yang lebih efektif, anda boleh menggunakan simbol double quote(" ") di dalam carian anda menjadi seperti "lirik lagu"

Mengecualikan kata kunci dalam carian

Sebagai contoh, anda ingin membuat carian lirik siti iaitu carian mengenai lirik penyanyi yang bermula dengan Siti seperti Siti Nurhaliza, Siti Sarah dll tetapi anda tidak mahu lirik oleh penyanyi Siti Nordiana

Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan simbol dash (-), di mana anda boleh membuat carian seperti lirik siti -nordiana

Membuat carian spesifik di sesebuah laman web/blog

Contohnya, jikalau anda ingin mencari lirik daripada penyanyi Yuna dan anda ingin Google memaparkan carian daripada blog ini sahaja anda boleh menaip yuna site:lirik-lagu-best.blogspot.com

Diharapkan informasi ini dapat membantu anda semua untuk membuat carian yang lebih tepat di masa akan datang. Terima kasih kerana terus menyokong blog ini. Selamat meng-Google! :P

Infographic : Get More Out of Google













http://www.hackcollege.com/blog/2011/11/23/infographic-get-more-out-of-google.html
YATI BINTI OSMAN
BA 1111 0475

Bagaimana untuk membuat carian artikel cara pantas

http://www.iawani.com/iawani-cari-artikel-teknologi-semasa-terbaru.html

iAwani – Bagaimana Untuk Membuat Carian Artikel Cara Pantas

006-quick-search
Untuk membuat carian pantas di iAwani, kami sediakan panduan bagaimana melakukannya, iaitu dengan…
1. Menggunakan kotak carian.
2. Mencari di ruang Sitemap.
3. Merujuk ke bahagian Kategori
4. Merujuk ke Arkib Harian.
5. Merujuk ke Arkib Bulanan.
Gunakan kotak carian untuk carian pantas cara biasa. Jika Anda mahu mencari apa-apa maklumat berkenaan sesuatu topik tertentu misalnya iPad atau Android, taip di kota carian lalu tekan Enter.
Hasil carian iAwani dipaparkan dalam format tajuk beserta tarikh, kategori, huraian, gambar, link ke sumber berita serta link untuk ke artikel-artikel berkaitan. Jika Anda malas untuk mencari page by page, klik ke tajuk artikel-artikel berkaitan. Ada belasan tajuk juga ada disediakan thumbnail link.
Jika Anda mahu membaca berita terbaru berkaitan sesuatu gajet sahaja, teknik terbaik adalah dengan merujuk ke bahagian Sitemap atau ke bahagian Kategori.
Setiap berita yang disampaikan iAwani di klasifikasikan mengikut kategori masing-masing – berita terbaru dalam setiap kategoti akan berada di bahagian atas sekali. Link ke setiap kategori kami letakkan di bahagian sidebar (di sebelah kanan skrin Anda) untuk memudahkan Anda mengklik ke kategori-kategori tertentu. Setiap kategori memaparkan jumlah artikel yang ada di situ.
Fungsi Sitemap kami sediakan di satu page khas. Dalam laman ini Anda akan dapat melihat kesemua tajuk artikel dipaparkan mengikut tarikh ia dikeluarkan dalam sususan kategori mengikut turutan huruf dari A sampai ke Z. Apple, Android, Aksesori berada di bahagian atas sebab perkataannya dimulakan dengan huruf A.
Artikel paling baru akan berada di bahagian paling atas, artikel paling lama berada di bahagian belakang sekali. Page ini hanya akan memaparkan link ke tajuk artikel sahaja namu ia berguna sebagai quick reference.
Kami terharu menerima email dari ketua sekumpulan pelajar kolej yang menjadikan iAwani sebagai sumber bacaaan simply sebab minat mahu tahu perkembangan terbaru tablet serta smartphone. Jujur dari hati kami benar-benar rasa terharu.
Email ringkas itu menjadi penyuntik semangat buat kami.
Alhamdulillah, iAwani diberi pujian kerana liputan berita kami lebih cepat dari laman blog teknologi lain. Terkejut kami membaca email tersebut sebab niat kami bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana blog, sebaliknya hanya untuk mencapai target yang kami sendiri tetapkan.

think free online

Thinkfree Online

(NURULHIDAYAH BT ISMAIL BA11110367)

FAQ - Windows Mobile Phone

01. What can I do after signing up?
You can connect to ThinkFree Online on your Windows Mobile phone, and then download and view pictures, documents, or other files stored in ThinkFree Webhard. You can also send them to others.
02. What is ThinkFree Online and what kinds of advantages does it offer?
ThinkFree Online provides an online service that allows users to prepare, save and edit office format documents on the web.
The users of Android-based smartphone, Windows Mobile, and iPhone can install the ThinkFree application on their device and then access to My Office of ThinkFree Online where they can store and manage documents and files.
03. Can I recover data that has been deleted by mistake?
You can recover data deleted by mistake from the trash folder.
However, if you have emptied the trash folder, you cannot recover your data.
04. Can I edit and save downloaded documents on a smartphone?
When you click the downloaded document on your smartphone, it connects to the Office Mobile program that is installed as default on your smartphone. You can then either edit or save the file.
05. I am currently using ThinkFree Online with my Google account. Can I use ThinkFree Online on my smartphone as well?
Those who have a Google account can sign in and use ThinkFree Online by clicking ‘Sign in with Google account’ instead of signing up for ThinkFree Online.
However, you need to sign up for ThinkFree Online if you want to use the ThinkFree Windows Mobile service.

To have a ThinkFree account, follow the procedure below:
1. Go to ThinkFree Online (www.thinkfree.com)
2. Sign in using your Google account
3. Click Settings and then click ‘Move to a ThinkFree account’ on the left pane or go to m.thinkfree.com using your mobile browser and then click ‘Move to a ThinkFree’
4. Create your password, then click Submit.
06. Where can I download ThinkFree Windows Mobile?
You can download ThinkFree Windows Mobile from ThinkFree Online.

On the Service Information page of ThinkFree Online, click the ThinkFree Windows Mobile menu on the left pane, then click the Free Download button to download it.











http://www.slideshare.net/megatkawi/format-penulisan-ilmiah
YATI BINTI OSMAN
BA 1111 0475

CARA MEMBUAT CARIAN DALAM WIKIPEDIA DAN ENJIN CARIAN

http://sarjanakomunikasi.blogspot.com/2010/08/cara-membuat-carian-dalam-wikipedia-dan.html

Cara membuat carian dalam Wikipedia dan Enjin Carian yang lain.

Untuk mencari di dalam Wikipedia:
- Jika anda lihat di sebelah kiri pelayar web (browser) anda, terdapat satu kotak yang berlabel cari, dan diikuti dengan Pergi dan Cari. Taip sahaja apa yang anda ingin cari ke dalam kotak carian dan tekan kekunci Enter. Atau klik Pergi / Cari.

Enjin Carian Luar
Terdapat banyak enjin gelintar yang boleh mencari dalam laman web tertentu sahaja, termasuk Wikipedia. Biasanya carian tersebut adalah berdasarkan teks yang ditunjuk di dalam perlayar web, jadi markup wiki tidak menjadi masalah.
Secara amnya, pencarian yang menggunakan enjin carian/gelintar luar adalah lebih pantas daripada carian Wikipedia. Walau bagaimanapun, oleh kerana cache enjin gelintar bergantung kepada bila sesuatu laman web diindeks, halaman yang baru dicipta tidak akan terpapar. Ini juga bermakna cache enjin tersebut mungkin tidak dapat memaparkan versi terkini sesuatu halaman. Seperkara lagi, apabila menggunakan carian luar, rencana yang dikehendaki (sekiranya ada) jarang berada di tempat teratas, sebaliknya berada lebih bawah daripada rencana-rencana lain yang turut memuatkan perkataan yang dicari. Ini adalah disebabkan oleh teknik pencarian optimum enjin carian tersebut.
Persoalan-persoalan ini mungkin boleh diatasi dengan menggunakan beberapa enjin carian kerana setiap enjin gelintar memproses Wikipedia dengan cara yang berbeza:

- Yahoo! memasukkan Wikipedia sebagai satu kandungan tetap dan mengemaskini datanya (Yahoo!) secara berkala.

- Clusty memuaturun data/kandungan Wikipedia dan memprosesnya secara berkala, kemudian mencipta abstrak secara automatik dan thumbnail gambar. Clusty juga menguraikan alihan (redirect), penghilang kekaburan (disambiguation) dan kategori.



Google
Dengan menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar Google untuk mencari di dalam Wikipedia - sama ada dalam semua bahasa, ataupun cuma Wikipedia Bahasa Melayu.

• Mencari di dalam semua Wikipedia dengan Google
• Mencari di dalam Wikipedia Bahasa Melayu dengan Google

Jika anda selalu mencari menggunakan Google, anda mungkin mahu memasang Google Toolbar. Dengan menggunakan butang "Search current site" anda boleh mencari di dalam Wikipedia ini dengan pantas. Google Toolbar yang rasmi hanyalah untuk kegunaan Internet Explorer pada Windows, namun terdapat juga versi tidak rasmi untuk pelayar web Mozilla (http://googlebar.mozdev.org/) yang merupakan sumber terbuka dan boleh berfungsi pada mana-mana system pengoperasian yang boleh dipasang perisian Mozilla, sama ada Windows, Linux atau Mac OS X.



Yahoo!
Dengan menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar Yahoo! untuk mencari di dalam Wikipedia - dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain, namun tidak bahasa Melayu.

• Mencari di dalam semua Wikipedia dengan Yahoo!
Jika anda selalu mencari menggunakan Yahoo!, anda mungkin mahu memasang Yahoo! Companion Toolbar. Dengan menggunakan butang "Search Only the Current Site" anda boleh mencari di dalam Wikipedia ini dengan pantas. Seperti Google, Yahoo! Companion Toolbar yang rasmi hanyalah untuk kegunaan Internet Explorer pada Windows.



Clusty
Dengan menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar Clusty untuk mencari di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris sahaja.

• Mencari di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris dengan Clusty
Jika anda selalu mencari menggunakan Clusty, anda mungkin mahu memasang Clusty Toolbar (versi beta). Dengan menggunakan butang "Encyclopedia search source" anda boleh mencari di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris dengan pantas. Istimewanya Clusty ialah selain daripada untuk Internet Explorer pada Windows, Clusty Toolbar juga boleh didapati untuk Mozilla Firefox (versi beta).

Carian Wikipedia
Carian dalaman Wikipedia (melalui kotak carian di sebelah kiri setiap halaman) mungkin tidak boleh digunakan ketika waktu puncak atau ketika pelayan (server) sibuk (mungkin beberapa jam). Namun demikian, di bawah ini ada beberapa petunjuk untuk menolong anda mencari dengan lebih berkesan.

Jika anda tidak berjumpa halaman yang dikehendaki
Jika anda tidak berjumpa dengan halaman yang dikehendaki, mungkin anda boleh memulakan laman baru, kerana semua orang boleh menyunting Wikipedia bila-bila masa. Ataupun mungkin anda boleh menambahkan pencarian anda pada halaman rencana dipohon. Ataupun jika anda mempunyai soalan yang ingin ditanya, anda boleh mengutarakannya di meja rujukan atau kedai kopi.

Tutorial Meletakkan Background Pada Blog

http://bicarafarah.blogspot.com/2012/02/tutorial-132-meletakkan-background-pada.html

Tutorial 132 : Meletakkan background pada blog ( Cara 2 )


Meletakkan background pada blog ( Cara 1 )

Kalau korang sudah berjaya membuat tutorial di atas sila abaikan tutorial ini ye kawan-kawan.
Untuk maklumat semua, tutorial ini TIDAK SESUAI untuk Template Designer tapi SESUAI untuk Layout template sahaja. Ini amaran keras! hahaha.. jom teruskan..

Tapi sebelum itu korang boleh cari background kat Background Diva dan Glitter Graphic

Nak ambil url linknya boleh skodeng sini dan sini. Senang dan lengkapkan?

Jom ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script


<style type="text/css">
body {
background-image: url("URL GAMBAR KORANG");
background-position: center;
background-repeat: repeat;
background-attachment: fixed; }
</style>

3. Tukarkan URL GAMBAR KORANG dengan gambar kegemaran korang.


4. Save dan lihat hasilnya. Tapi kalau ada kecacatan seperti di bawah. ( kebiasaan jika menggunakan Denim Template )


1. Sign in blogspot > Design > Edit HTML dan cari code di bawah..tekan ctrl f dan enter untuk mudahkan pencarian.

<Variable name="headerCornersColor" description="Page Header Corners Color"
           type="color" default="#528bc5" value="#528bc5">

Tukar  #528bc5 kepada transparent seperti gambar di bawah.

<Variable name="headerCornersColor" description="Page Header Corners Color"
type="color" default="#528bc5" value="transparent">

2. Preview, kalau OK silalah SAVE. Senangkan ?

 

Buat Background Berwarna dan Border Di Tajuk Entri

http://bicarafarah.blogspot.com/2010/12/tutorial-21-menambah-background-dan.html

Tutorial 21 : Menambah background dan border di tajuk post

Salam..
Hari ini ringan tangan untuk menulis blog tutorial..
i nak ajar untuk meletakkan background dan border di tajuk post/entry...seperti ini..

yang warna pink itu background post entry i..

1. Login ke dashbord > Klik design > Klik edit HTML

2. Sila cari code di bawah..guna Ctrl F

.post-title {
kalau tak jumpa cari ni plak

.post h3 {
#kalau tak jumpa sebijik macam di atas, cari yang lebih kurang macam di atas.. lain template lain coding..faham ke sayang?

3. Kalau dah jumpa sila copy code di bawah dan paste DI BAWAH code yang u all cari tadi..

background: #000000 ! important;
Ini adalah untuk membuat background di tajuk post/entry..#000000 u all boleh tukar ikut warna yang u all suka.

4. Jika tak suka letak background dan just nak bolder sahaja..tak perlu paste code background: #000000 ! important; tapi u all kena copy dan paste sahaja code ini

border: 1px solid #F21515;

di bawah .post-title {macam u all cari tadi..faham tak?

1px untuk ketebalan bolder, lagi banyak nombor lagi tebal
solid boleh diganti dengan dotted atau dashed
#F21515 code warna..ubah ikut kesesuaian


5. Kalau u all nak letak dua-dua benda ini just copy paste code di bawah..dekat BAWAH code .post-title { yang u all cari tadi.


background: #000000 ! important;
border: 1px solid #F21515;

6. Faham? sila preview sebelum SAVE..

nota hidung : Oppss kalau nak letak background URL just replace background: #000000 ! important; dengan code ini

background: url(URL GAMBAR ANDA) repeat;


Tak jadi? sila komen..menjadi komen juga!! hahaha...

Nota Tambahan :
 

Tambahan kalau nak border cantik-cantik boleh letak code border dibawah:

background: #000000 ! important;
border: 1px solid #F21515;
code border