Tuesday, 13 November 2012

Silicon Valley is Stupid ( Which is why it works )


http://gigaom.com/2012/09/22/silicon-valley-is-stupid-which-is-why-it-works/

14 comments:

  1. Apa yang saya faham tentang artikel ini adalah menunjukkan berlakunya ketidakadilan oleh pihak yang lebih berkuasa terhadap masyarakat. Mereka menggunakan kuasa politik yang dipegang hanya demi memperoleh kepentingan untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:18

      Inilah krj yg ada, jika anda bangkang saja walaupun betul anda perlu disingkirkan. Akibatnya cerdik pandai terutama org melayu akan hilang di bumi melayu dan gantinya adalah pendatang asing. Krj sebenarnya tidak mahu rakyat yg pandai ada kat malaysia dan lebih suka rakyat yg bodoh kerana senang untuk dibeli untuk kekal memerintah. Fikirkanlah……….

      Delete
    2. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:19

      Yang talented dan bijak pandai tidak dapat tahan dengan atitude dan amalan korup di Malaysia… that’s the bitter fact we have to swallow

      Delete
  2. Bagi saya kerajaaan haruslah menjalankan tanggungjawab dengan jujur tanpa menindas mana-mana pihak terutama rakyat. Kerajaan tidak seharusnya menggunakan kuasa politik untuk kepentingan diri sendiri.Tugas kerajaan untuk memastikan undang-undang yang dijalankan haruslah jelas,membangunkan infrastruktur negara dan memastikan rakyat tidak ditindas bukan menindas masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:21

      hal macam ni dah jadi trend dan standard malaysia terutama dimasa ini…
      yg cerdik bijak tapi tiada kawan tiada sedara tiada kabel maka dibiarkan dan terbiarlah kebijaksanaan mereka tu…..
      yg bengap, bebal tapi ada lagak sebab ada kroni dan ada kabel baik maka org macam ni lah yg menjadi keutamaan…..
      sekarang pun ada….
      tak percaya..?
      cuba lihat dikeliling anda dan buat penilaian…..
      RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

      Delete
  3. pada pendapat saya pula, iklan ini menerangan tentang 3 pihak yang telah dikritik, iaitu pengasas produk, kerajaan dan juga pelabur.
    ketiga-tiga pihak ini telah dikritik mengenai pengabaian dan lepas tangan peranan dan tanggungjawab yang seharusnya mereka jalankan sebagai pihak yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:22

      inilah perangai dan sikap segelintir manusia yg menerajui kepimpinan negara ini……..
      kerana politik kuasa dan wang mereka akan buat apa saja untuk menidakkan hak org lain yg tidak sehaluan politik dgn mereka……

      Delete
  4. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:04

    Hubungan ilmu politik Dan Ekonomi
    By : M. Tasar Karimuddin
    From: S. N. Dubey

    jika ditinjau dari segi kehidupan masyarakat pengaruh ilmu politik dan ekonomi jelas saling bergantung, keduanya saling membutuhkan, bisa dikatakan salah satu diantara keduanya tidak bisa berjalan tampa iringan satu sama lain. Maka lazimya untuk mempelajari kedua pelajaran ini amat terkait dan terhubung.

    Para pemikir terdahulu menganggap ilmu ekonomi sebagai cabang dari ilmu politik, dari sinilah muncul nama atau gelar ilmu ekonomi politik. Karena dimasa itu pokok urusan ketertiban finansial dilihat atau diambil dari sumber penghasilan Negara, Sedangkan sekarang pemikiran tersebut telah berubah. Ilmu ekonomi dinyatakan independent dan terpisah dari pelajaran politik, dimana pelajaran ini mengajarkan masyarakat untuk berusaha, bagaimana,dimana, apa dan gimana mengatur dan memperoleh kekayaan. Singkatnya ekonomi adalah ilmu kekayaan.

    Ekonomi berpengaruh dalam politik hanya dibeberapa titik saja, dimana titik penghasilan dan penyaluran dari kekayaan sangatlah besar pengaruhnya didalam pemerintahan. Bahkan juga disebabkan dari berbagai penyelesaian permasahan yang memang lazim timbul didalam Bernegara.

    Diberbagai Negara pemerintahan pengaruh yang terbesar terletak pada pertumbuhan ekonominya. Bertambahnya lapangan ekonomi didalam pemerintahan terjadi tiada henti- hentinya. Pajak, UU bea, Hak milik Negara dan pertolongan Negara terhadap lahan pertanian, industri dan perdagangan semuanya bukanlah salah satu hal dimana pemerintah berkuasa atas penghasilannya.

    Kesejahteraan Negara yang baik dan sosialisme telah merombak keadaan fungsi Negara. Negara dewasa ini diartikan atau disangka langsung turut campur dalam bermacam lingkungan, dari aktifitas masyarakat menentukan perintah dalam hal kwalitas distribusi kekayaan dan juga materi barang milik masyarakat.

    Tentu saja banyak permasalahan yang timbul dalam pemerintahan modern yang lahir dari dasar ekonomi, tuntutan terhadap lapangan kerja, modal hak milik tanah, ketidakrataan penurunan dan penaikan ekonomi, bahkan pesatnya kemajuan teknologi yang mempengaruh nasionalisasi. Perlu kita ketahui dalam Negara Komunis, Negara mengontrol secara keseluruhan kesatuan kehidupan ekonomi masyarakat.



    Golongan dan grup ekonomi disetiap Negara terlaksana terus menerus dimana tertekan dalam administrasi untuk perlindungan dan kekayaan. Demikian pula, penggunaan kondisi ilmu ekonomi memiliki pengaruh besar dalam cita- cita perpolitikan dan institusi, Contohnya: adanya revolusi yang menimbulkan cita- cita kemerdekaan perseorangan, demokrasi, sosialisme dan komunis.

    Semoga BermaNfa'at!!!!!

    ReplyDelete
  5. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:06

    BAGI PENDAPAT SAYA SECARA PERIBADI,,
    artikel ini berkisarkan tentang pelabur yang mementingkan wang dan pihak kerajaan yang tidak mementingkan kepakaran,,meri kita bahaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:27

      same goes to arwah Yasmin Ahmad. Singaporean sangat2 menghargai arwah kerana hasil2 hebat iklan2 dan filem2 beliau. sampai ditawarkan kerakyatan singapore. tetapi ditolak oleh arwah. i think she should take it

      Delete
  6. nur hasmira bt hassan21 November 2012 at 02:25

    PERKONGSIAN TENTANG TAMPOK PEMERINTAHAN..LETS WE SEE...ADA YANG MEMBANTAH PERKONGSIAN INI?ADAKAH KERAJAAN JALANKAN TUGASNYA DEGAN AMANAH KALAW ANDA DAPAT LIHAT SEKARNG??????????
    1. PENGENALAN
    Kejayaan sesebuah organisasi amnya atau negara khasnya bergantung kepada kewibawaan pelaksanaannya. Bagi menyokong kejayaan pelaksanaannya, setiap organisasi sama ada kecil atau besar, terutamanya pentadbiran sesebuah negara mesti mempunyai jentera pentadbiran yang mantap. Jentera pentadbiran yang cekap merupakan nadi utama kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu bagi memastikan jentera pentadbiran itu berjalan dengan baik maka kaki tangan yang menjalankan tugas mestilah mempunyai amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang telah digariskan.
    Sekiranya amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni tidak dihiraukan maka akan berlaku berbagai kecurangan dan penyelewengan dalam jentera pentadbiran tersebut. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan masalah di mana segala dasar-dasar dan program-program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu di sini jelas menunjukkan dengan mengamalkan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang baik sangat penting dalam memastikan sesebuah pentadbiran itu berjalan dengan baik.
    2. DEFINISI PENTADBIRAN
    Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap. Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.
    Untuk melaksanakan pengurusan satu organisasi. iaitu satu struktur atau sistem badan yang berwibawa diperlukan untuk melaksanakan peranan pentadbiran ini. Sistem pentadbiran negara boleh berjalan dengan baik jika organisasi itu mempunyai keahlian yang berhubung kait dan berhierarki, iaitu dalam organisasi itu ada golongan yang memerintah dan ada pula golongan yang menerima perintah dan memerintah kumpulan-kumpulan yang di bawahnya. Dengan perkataan lain, sistem pentadbiran negara ini memerlukan kerjasama di antara beberapa golongan agar golongan yang membuat dasar dan yang melaksanakan dasar itu.
    Pentadbiran umumnya mempunyai cara dan sistem yang boleh berubah-ubah mengikut kemajuan politik, fahaman pemerintah dan keperluan rakyat. Masyarakat kita terdiri daripada berbagai-bagai kaum jadi sistem kerajaan harus menggambarkan cara hidup masyarakat Malaysia. Bersesuaian dengan kepentingan ini sistem kerajaan menggunakan sistem demokrasi berparlimen.
    Sistem demokrasi berparlimen ini berdasarkan undang-undang. Undang-undang menentukan hak dan tanggungjawab warganegara dan warganegara patut bertindak dan tunduk pada peraturan dan undang-undang. Berdasarkan perlembagaan inilah wujudnya sistem kerajaan demokrasi berparlimen di negara kita. Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia merupakan suatu sistem yang melaksanakan dasar dan arahan eksekutif kerajaan untuk melaksanakan pembangunan dan memberi pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai sebuah negara persekutuan, sistem pentadbiran kerajaan Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
    Sistem pentadbiran kerajaan menjalankan lima peringkat yang penting iaitu membantu kerajaan membentuk dasar awam, merancang melaksana, menyelaras dan akhir sekali menilai kejayaan program-program dan projek-projek kerajaan.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Berdasarkan artikel the silicon valley, terdapat tiga pihak yang dikritik oleh penulis artikel tersebut. Antara pihak tersebut adalah kerajaan, pencipta,dan pemegang saham/pihak yang berkepentingan. Bagi pendapat saya, pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab dengan sewajarnya dalam memilih pencipta sesuatu program(software). Hal ini melibatkan persaingan yang berlaku secara tidak betul yang mana menyebabkan pihak yang seharusnya memiliki sesuatu kelebihan itu ditindas dan menaikkan mereka yang tidak mempunyai kemahiran yang sebetulnya mereka miliki sebagai pemenang sesuatu persaingan itu.

    ReplyDelete
  9. Muhammad Sahirin bin Hamzah-BA11110252
    Berdasarkan artikel the silicon valley, terdapat tiga pihak yang dikritik oleh penulis artikel tersebut. Antara pihak tersebut adalah kerajaan, pencipta,dan pemegang saham/pihak yang berkepentingan. Bagi pendapat saya, pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab dengan sewajarnya dalam memilih pencipta sesuatu program(software). Hal ini melibatkan persaingan yang berlaku secara tidak betul yang mana menyebabkan pihak yang seharusnya memiliki sesuatu kelebihan itu ditindas dan menaikkan mereka yang tidak mempunyai kemahiran yang sebetulnya mereka miliki sebagai pemenang sesuatu persaingan itu.

    ReplyDelete

    ReplyDelete