Wednesday, 21 November 2012

PAKEJ CELCOM POSPAID


Info ni bukan tujuan pengiklanan tapi untuk rujukan kepada sesiapa nak guna celcom postpaid + data plan(internet).Memandangkan ramai yang bertanya dan mungkin ramai yang ingin bertukar dari celcom prepaid kepada pospaid.
INFO : Tukar prepaid kepada postpaid nombor yang sama boleh digunakan.
Sebenarnya,pakej yang disediakan adalah mengikut keperluan anda,jadi terpulang kepada anda pakej mana yang akan dipilih.Kalau saya,saya gunakan pakej  celcom exec 20 + internet (rm38 -1gb).Ada beberapa plan postpaid yang disediakan oleh celcom mengikut kesesuaian kita.Jadi boleh pilih yang mana satu,setelah anda baca dan faham,anda boleh buat pilihan bijak selepas ini.
Celcom menyediakan 3 plan postpaid yang mana setiap satu ada kelebihan tersendiri.
PLAN EXEC 20
Plan EXEC 20 – Dimana anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm 20 tetap + jumlah yang pangilan dan sms yang digunakan sahaja.Bermakna cas yang dikenakan RM 20 + jumlah panggilan+sms = Jumlah kena bayar.Katakan jumlah yang digunakan untuk panggilan sebanyak 30,bermakna rm 50 jumlah kena bayar pada bulan tersebut.
RM 20 + RM 30 = RM 50 sahaja.
Walaupun begitu kadar caj panggilan adalah sebanyak 20sen seminit dan SMS sebanyak 10sen per sms.Kedua-dua harga tersebut adalah harga untuk panggilan kemana-mana nombor,tak kiralah maxis/digi/Umobile.
PLAN EXEC 50
Plan EXEC 50 – Dimana anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm 50 tetap + jumlah yang pangilan dan sms yang digunakan sahaja.Bermakna cas yang dikenakan RM 50 + jumlah panggilan+sms = Jumlah kena bayar.Katakan jumlah yang digunakan untuk panggilan sebanyak 30,bermakna rm 50 jumlah kena bayar pada bulan tersebut.
RM 50 + RM 30 = RM 80 sahaja.Dah layak dapat diskaun.
Walaupun begitu kadar cas panggilan adalah sebanyak 15sen seminit dan SMS sebanyak 12sen per sms.Kedua-dua harga tersebut adalah harga untuk panggilan kemana-mana nombor,tak kiralah maxis/digi/Umobile.
Plan exec 50 ini diberikan diskaun sebanyak 10% 20% 30% jika bill anda melebihi jumlah berikut.
Diskaun 10% jika bil melebihi – RM 60 – 79.99
Diskaun 20% jika bil melebihi­ -  RM 80 to RM 149.99
Diskaun 30% jika bil melebihi -  RM 150 keatas.
PLAN EXEC 250
Plan EXEC 50 – Dimana anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm 250 tetap + PERCUMA 2000 minit sms/call + internet  plan (advance plan).Bermakna caj yang dikenakan RM 250 dan cas tambahan selepas minit percuma diberikan habis.Kadar cas lebihan tersebut seperti berikut,
Caj pangilan – 10sen seminit
Caj SMS – 10sen per sms
Caj Video Call – 10sen seminit
Pakej Internet
Soalan : Kalau saya nak ambil pakej internet mana mana?
Jawapan : Boleh,kena pilih pakej internet yang dikehendaki mengikut  plan yang disediakan.
mlite – rm 28(300mb)
mbasic – rm 38 (1gb)
madvance – 58 (3gb)
Info – Jika anda dah ambil pakej postpaid,bil anda adalah seperti berikut
Contoh : Exec 20 : RM 20 + internet RM 38 + RM 30 (Jumlah panggilan) = rm 88.00
Jadi mana satu pilihan kalbu?

No comments:

Post a Comment