APA ITU DROPBOX???
Dropbox adalah merupakan satu aplikasi yang dicipta bagi
menyimpan segala data dan maklumat secara online. Aplikasi ini juga boleh
dianggap sebagai pendrive maya. Melalui perkembangan teknologi pada hari ini, pelbagai kemudahan yang kita perolehi termasuklah perisian DROPBOX ini yang menawarkan aplikasi penyimpanan data secara online. Aplikasi ini adalah percuma dan anda boleh menggunakannya tanpa perlu dicas sedikitpun. Dropbox adalah sangat mudah untuk digunakan dan saya sangat syorkan anda untuk menggunakannya. Dropbox adalah merupakan satu aplikasi yang akan mewujudkan satu folder baru dalam komputer ataupun laptop anda apabila anda downdoad perisian ini. Folder yang akan tercipta nanti adalah secara automatik dan turut berfungsi seperti folder anda yang lain. Bezanya hanyalah apabila anda mula memasukkan file ke dalam folder dropbox, secara automatik file tersebut akan di upload ke dalam folder anda yang terdapat di dalam dropbox.com. Ini bermakna, anda bolehlah mengakses file anda walau dimana sahaja anda berada. Jadi, fungsi dropbox ini bolehlah dikatakan sebagai pen-drive versi online dan juga poket doraemon.
Kenapa saya katakan dropbox ini sebagai poket doraemon??? Hal ini adalah disebabkan kerana jika anda install perisian ini kedalam laptop, komputer ataupun smartphone, anda boleh lihat file yang anda simpan itu dimana sahaja anda berada. Contohnya, saya memasukkan gambar perkahwinan ibu saudara saya kedalam DROPBOX yang terdapat dalam komputer di rumah saya, kemudian saya telah pergi bercuti bersama kawan-kawan dengan membawa laptop saya yang mempunyai folder DROPBOX juga, saya boleh kongsikan gambar tersebut dengan sahabat saya tanpa perlu membawa salinan yang ada. Melalui dropbox juga, anda boleh kongsikan sebarang file atau maklumat dengan kawan anda tanpa perlu risau apa-apa. Contohnya jika kamu ingin kongsikan file yang beratnya 64MB dengan menggunakan email, memang tidak dapat kerana saiznya terlalu besar. Namun, melalui dropbox anda boleh kongsikannya dengan kawan-kawan. Dropbox juga mempunyai ruang penyimpanan percuma sebanyak 2GB. Jadi, tidak rugi jika anda meggunakan perisian ini.
MACAM MANA NAK INSTALL DROPBOX???
Anda boleh download DROPBOX melalui link ini...https://www.dropbox.com/
Selesai download, anda bolehlah run file tersebut dan kemudian ikut langkah-langkah yang telah diberikan. Anda akan diminta untuk mendaftar akaun dropbox nanti. Jadi, anda perlu sentiasa ingat email dan password anda.
MACAM MANA NAK GUNA DROPBOX???
Selepas anda install dropbox, akan wujud icon DROPBOX di tray bawah sebelah kanan di tepi jam laptop atau komputer anda. Sekiranya icon tersebut mempunyai simbol refresh warna biru, bermakna file anda sedang dimuatnaikkan. Sekiranya icon tersebut mempunyai simbol tanda right warna hijau, bermakna file anda sudah selamat disimpan atau dimuatnaik. Jika anda ingin kongsi file anda dengan orang lain, anda boleh klik kanan dekat folder yang anda nak dan tekan share this folder.
KELEBIHAN DROPBOX
- Tak perlu pendriveSekiranya anda melakukan sebarang kerja dalam komputer di pejabat contohnya, anda hanya perlu menyimpan maklumat tersebut di dalam folder dropbox sahaja. Jika anda ingin membuka balik kerja tersebut dan menyambungnya di rumah dengan menggunakan laptop, anda tidak memerlukan maklumat tersebut disimpan di dalam pendrive kerana anada hanya perlu membuka folder dropbox anda. Jadi, perjalanan kerja anda akan menjadi lebih lancar.2. Perkongsian file lebih senangBiasanya apabila kita membuat sebarang assignment secara berkumpulan, masalah perkongsian atau pengumpulan maklumat yang telah bahagikan kepada setiap ahli kumpulan akan sentiasa wujud. Namun, dengan adanya DROPBOX, setiap ahli kumpulan hanya perlu memasukkan maklumat tersebut ke dalam folder dropbox dan kongsikannya dengan ahli kumpulan yang lain tanpa perlu memikirkan sebarang masalah akan timbul seperti wujudnya virus apabila saling bertukar pendrive.3. Dokumen lebih selamatSekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap laptop atau komputer anda, fail yang anda telah simpan dalam folder dropbox tidak akan terjejas ataupun hilang. Contohnya jika pada hari esok anda perlu menghantar tesis anda namun, laptop anda rosak pada ini dan tidak dapat digunakan, anda masih boleh membuka maklumat tersebut dari komputer atau laptop lain dengan memasuki website dropbox. Jadi, sebarang masalah tidak akan timbul dan perkara ini sekaligus akan menyenangkan anda.
Dropbox merupakan satu fail yang memberikan jaminan yang selamat kepada pengguna.Dimana apabila kita menyimpan sesuatu data ataupun maklumat didalam folder dropbox membolehkan kita dapat mengakses dan melihat data kita walaupun kita berada di mana sahaja.Disamping itu, andai kata kita melakukan kerja luar dan tidak membawa laptop,kita akan dapat mengakses data yang kita ingini melalui telefon yang juga memiliki folder dropbox ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Rasa stress sikit sekarang ni sebab segala kerja yang aku dah buat tak sempat nak finalize untuk bagi kat big boss. Fail-fail kerja hilang sekelip mata bila laptop masuk ‘bengkel’ hari tu. Technician Asus Centre boleh pulak pergi format semua benda dalam laptop aku ni tanpa tanya aku dulu. Sejak ada laptop sendiri, tu je pertama kali aku hantar repair laptop di pusat servis. So, aku tak tahu cara-cara betul yang perlu aku buat. Nak tanya apa, nak jawab apa, nak bagitau apa, atau sebagainya. Sebelum ni bila laptop buat hal aku hantar repair di kedai komputer biasa je.
ReplyDeleteSekarang ni untuk langkah berjaga-jaga takut kalau berlaku lagi perkara macam tu, aku langgan akaun Dropbox untuk simpan fail secara online. Bagi yang tak tahu lagi Dropbox tu benda apa, ianya merupakan satu servis menyimpan fail secara online yang berasaskan ‘cloud storage’. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet.
Sebagai contoh, kita ada miliki 3 gadget yang selalu kita guna setiap hari, contohnya Ultrabook Toshiba Portege Z830, iPhone 4S dan Samsung Galaxy Tab. Katakan kita ada 1 fail penting yang tersimpan di folder Dropbox dalam laptop Toshiba tu. Tiba-tiba laptop tu rosak, tak boleh ON. Kebetulan masa tu kita sangat perlukan fail penting yang ada di dalamnya. Apa yang bagus kat sini kita masih boleh akses ke fail tersebut dengan menggunakan iPhone 4S yang kita miliki atau menggunakan Samsung Galaxy Tab tu kerana fail tersebut berada di dalam ‘cloud storage’ Dropbox. Yang penting kesemua gadget tu ada dipasang aplikasi Dropbox untuk sync akaun Dropbox dengan gadget-gadget tersebut.
DeleteSekarang ni aku menggunakan Dropbox pada laptop Asus dan Samsung Galaxy S yang aku miliki. Semalam aku download satu software installer melalui telefon. Kemudian fail installer tu aku letakkan dalam folder Dropbox yang ada dalam telefon aku. Pagi tadi aku buka laptop tengok fail installer yang aku save dalam telefon semalam dah ada dalam laptop juga. Senang je nak transfer fail masuk laptop. Bagus kan? Berbaloi rasanya aku langgan akaun Dropbox Pro 50GB. Harga cuma USD$99.00 je setahun. Boleh buat simpan fail banyak-banyak. Credit to Jaws sebab kongsi pengalaman guna Dropbox.
DeleteLebih nye drOpbOx ny ialah
ReplyDelete-Boleh menyimpan file secara online dengan mudah.
-Boleh access dimana selagi ada kemudahan internet.
-Tak perlu lagi menggunakan pendrive utk dicocok di komputer awam spt cc dll.
-Boleh digunakan di komputer dan mobile telefon dengan hanya sign in account dropbox anda.
-Memudahkan anda berkongsi dokumen atau sebarang file dengan rakan-rakan.
-Boleh diemailkan atau dishare dokumen tersebut melalui facebook dan twitter.
Muhammad Sahirin bin Hamzah BA11110252
ReplyDeletePerkembangan teknologi maklumat berlaku dengan sangat pantas, sebelum ini penyimpanan data atau mana-mana keperluan yang berkaitan dengan data disimpan menggunakan Disket, namun setelah itu beralih kepada bentuk CD. kecanggihan teknologi tidak yang dicipta tidak dapat dielakkan dengan penciptaan Tam Drive/Pen Drive selepas itu. Namun, kini tanpa menggunakan Pendrive kita boleh membuat storan data dengan menggunakan aplikasi Dropbox yang boleh diakses dimana-mana walaupun tidak membawa laptop peribadi sendiri.